Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 (YPJ) – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Sultan Ibrahim sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Sultan Ibrahim hari ini juga.

Biasiswa Sultan Ibrahim

Berikut merupakan maklumat AM berkaitan BIASISWA SULTAN IBRAHIM. Tawaran permohonan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan YPJ. Kelulusan / Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar YPJ dari semasa ke semasa. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.


SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat (bagi yang sedang berkhidmat tetapi mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 4,000 dengan tanggungan 3 orang dan ke atas akan dipertimbangkan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang masih belum bekerja)

SYARAT KHUSUS AKADEMIK

Peringkat Ijazah Sarjana (Master)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara


Peringkat Doktor Falsafah (PhD)

  1. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
  2. Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT
  3. Sekiranya pemohon (Master/PhD) tidak memenuhi syarat khusus akademik yang dinyatakan di atas, pemohon boleh mengemukakan keputusan peperiksaan terkini dengan syarat PNGK 3.75 ke atas/ kelas pertama.

KADAR & TEMPOH TAJAAN

KATEGORI YURAN PENGAJIAN
(Sepanjang Pengajian)
ELAUN SARA HIDUP
(Setahun)
TEMPOH TAJAAN
Ijazah Sarjana (Master) Tidak Melebihi RM 10,000 RM 12,000 1 hingga 2 tahun
Doktor Falsafah (PhD) Tidak Melebihi RM 24,000 RM 18,000 3 hingga 4 tahun

BIDANG TAJAAN

  • Sains Kesihatan
  • Sains Sosial
  • Sastera
  • Sains Tulen
  • Kejuruteraan

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Penerima biasiswa hendaklah memperolehi keputusan penuh peperiksaan di akhir semester dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara. Sekiranya pelajar gagal memenuhi keputusan seperti yang telah ditetapkan, biasiswa tersebut akan di ubah kepada skim pinjaman pelajaran dimana pelajar akan dikenakan bayaran balik mengikut jumlah biasiswa yang telah diterima.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Muat turun borang permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim di laman web rasmi YPJ: KLIK SINI
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan ke YPJ bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan selewat-lewatnya pada 11 April 2018
  4. Permohonan boleh dihantar melalui serahan terus di kaunter YPJ atau melalui pos
  5. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PENTING! Semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau yang setaraf dengannya.

1) Salinan kad pengenalan pelajar
2) Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga
3) Salinan surat tawaran IPT
4) Salinan transkrip penuh terkini
5) Keputusan peperiksaan terkini
6) Slip gaji terkini pemohon (bagi yang telah bekerja)
7) Pengesahan cuti tanpa gaji dari majikan (bagi yang telah bekerja)
8) Struktur penuh yuran pengajian

HUBUNGI

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor

Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434

EMAIL
[email protected]

Sumber: Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *