Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024 – Tawaran Pembiayaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) hari ini.

program ijazah dalam negara pidn

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).


Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.

Penajaan pelajar di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
  4. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
3) Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan; dan
4) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30 (bidang selain Kejuruteraan);

atau

(ii) Pelajar bidang Kejuruteraan yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

(iii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;


B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;

dan

(ii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Bidang-bidang yang dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

(i) Bidang pendidikan;
(ii) Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya;
(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
(iv) Program-program berkembar / ijazah dual / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA;
dan
(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU. Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam).. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

TARIKH-TARIKH PENTING

Aktiviti Tarikh / Hari
Permohonan dibuka 29 Februari 2024 (Khamis)
Permohonan ditutup 7 April 2024 (Ahad)
Jangkaan Keputusan *Minggu Keempat September 2024
Sesi Mula Tajaan September 2024

SENARAI INSTITUSI YANG DITAJA DI BAWAH PIDN TAHUN 2024

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Politeknik Ungku Omar
22. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
23. Politeknik Ibrahim Sultan
24. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
25. Universiti Multimedia (MMU)
26. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
28. Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *