Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ke IPTA oleh Yayasan Pelajaran Johor
Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ke IPTA oleh Yayasan Pelajaran Johor 2018 – Tawaran Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ke Universiti oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sesi 2018 kini dibuka untuk permohonan.
Info SBP : Membantu anak-anak Johor yang dapat melanjutkan pelajaran di IPTA bagi peringkat diploma dan Ijazah sahaja.
Kadar adalah seperti berikut : Diploma – RM 500 dan, Ijazah – RM 750
Bermula : 2010
Penglibatan : Anak Johor yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah di IPTA
Penerima Manfaat : Anak Johor IPTA
Dana Daripada : Yayasan Peljaran Johor (YPJ)
SYARAT AM PERMOHONAN
- Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja;
- Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA (IPTA Sahaja) yang mula mendaftar di tahun pertama;
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
- Pendapatan ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian;
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi -agensi lain
DOKUMEN WAJIB
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA dan Salinan Resit Pembayaran (bagi yang telah mendaftar);
- Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga;
- Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima);
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN) ATAU;
- Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan 2018 (PP-SBP 2018) dan seterusnya disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / yang setaraf dengannya.
Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
CARA MEMOHON SBP
Muat turun borang permohonan dan borang pengesahan pendapatan di laman web rasmi YPJ di pautan berikut:
TARIKH PERMOHONAN: 01 hingga 18 Februari 2018