Biasiswa BAGUS oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 2024

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa BAGUS oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 2024 – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) komited untuk memupuk bakat muda Malaysia yang akan memainkan peranan penting dalam memajukan agenda pembangunan negara melalui program ‘BPMB Award of Group’s Undergraduate Scholarship (BAGUS) BPMB.

Terbuka kepada pelajar cemerlang Malaysia, program BAGUS menawarkan peluang untuk pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti berprestij di dalam dan luar negara. Pemohon mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk layak menerima biasiswa ini.


KRITERIA KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
  • Tamat program Pra-universiti/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana daripada yang berikut:
    • STPM / A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    • Diploma / Matrikulasi: Purata Gred Pencapaian Kumulatif (CGPA) minimum 3.50
    • Matrikulasi Australia: Sekurang-kurangnya ATAR 80%
    • Program Asasi Amerika: Sekurang-kurangnya mata skor SAT 1,200
  • SPM: Sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
  • Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa atau anugerah lain daripada organisasi/Yayasan lain.
  • Permohonan daripada pelajar sarjana muda tahun 1 juga akan dipertimbangkan.

BIDANG TAJAAN

Para penerima biasiswa BAGUS BPMB akan memiliki akses kepada pendidikan bertaraf dunia, mengikut senarai universiti pilihan Bank untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berikut:

  1. Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
  2. Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Analis Data)
  3. Kajian Berkaitan Perbankan Lain (Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-Undang, Berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dll)

Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, sara hidup, dan elaun berkaitan.

Setelah menyelesaikan program ijazah sarjana muda dengan berjaya, penerima biasiswa akan diberi peluang untuk bekerja di Bank Pembangunan, dengan komitmen untuk berkhidmat di Bank untuk tempoh enam (6) tahun.


PERMOHONAN

Untuk memohon, sila hantar permohonan anda ke [email protected] sebelum 15 Julai 2024.

Permohonan menggunakan keputusan ramalan dari bulan Mei 2024 diterima. Keputusan rasmi perlu dihantar selepas dikeluarkan oleh pihak Universiti. Calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian dan temuduga.

Bank Pembangunan komited untuk memberi impak yang bermakna dalam komuniti, dengan tumpuan kepada kepelbagaian dan inklusiviti. Selaras dengan komitmen ini, program biasiswa BAGUS juga tersedia untuk pelajar Asnaf melalui peruntukan zakat untuk memastikan pelajar yang layak meneruskan pendidikan tinggi tanpa beban kewangan. Pasukan Pengurusan Syariah Kumpulan BPMB mengawasi peruntukan zakat untuk program biasiswa ini dan bekerjasama secara langsung dengan universiti-universiti tempatan terpilih untuk memudahkan proses tersebut.

SENARAI UNIVERSITI

Berikut disenaraikan universiti pilihan di bawah tajaan BPMB:

Universiti Pilihan di United Kingdom:

University of Oxford
University of Cambridge
Imperial College London
University College London (UCL)
University of Edinburgh
King’s College London
London School of Economics and Political Science
University of Manchester
University of Bristol
University of Glasgow
University of Southampton
University of Birmingham
University of Sheffield
University of Warwick
University of Leeds
University of Nottingham
Queen Mary University of London
University of York
Lancaster University
University of Liverpool
Newcastle University
Durham University
University of Exeter
Cardiff University
University of St Andrews
University of Aberdeen
University of Leicester
Queen’s University Belfast
University of Reading
University of Sussex

Universiti Pilihan di Amerika Syarikat:

Stanford University
Massachusetts Institute of Technology
Harvard University
Princeton University
California Institute of Technology
University of California, Berkeley
Yale University
The University of Chicago
Johns Hopkins University
University of Pennsylvania
Columbia University
University of California, Los Angeles
Cornell University
University of Michigan-Ann Arbor
Carnegie Mellon University
University of Washington
Duke University
New York University
Northwestern University
University of California, San Diego
Georgia Institute of Technology
University of Illinois at Urbana-Champaign
University of Texas at Austin
University of California, Davis
University of Wisconsin-Madison
Brown University
Washington University in St Louis
University of California, Santa Barbara
University of North Carolina at Chapel Hill
University of Southern California

Universiti Pilihan di Australia:

University of Melbourne
Monash University
University of Sydney
Australian National University
The University of Queensland
UNSW Sydney
University of Adelaide
The University of Western Australia
University of Technology Sydney
Macquarie University

Universiti Pilihan di Malaysia:

Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa (UIA/IIUM)

Hantarkan permohonan anda kepada BPMB di [email protected] atau ke alamat di bawah:

BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Aras 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2611 3888
Faks: 03-2698 4395

Mohon Sekarang!

Sumber: https://www.bpmb.com.my/ms_MY/bpmb-award-of-group-undergraduate-scholarship-bagus


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *