Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022
Biasiswa JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022 – Tawaran JPA bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022 kini dibuka untuk permohonan.
Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah program Khas Jepun Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022.
Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
1. STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ
Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:
Nota:
Dip : Diploma
I.P : Ijazah Pertama
Bch : Bachelor
Ma : Master
DUT : Diplome Universitaire de Technologie
Kursus-kursus yang diikuti di peringkat Ijazah Pertama hendaklah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan penuh Badan-badan Profesional bagi kursus-kursus profesional.
1.1 Program Kejuruteraan Teknikal Jepun
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun di INTEC Education College, Shah Alam.
Seterusnya, pelajar yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA akan meneruskan pengajian Kejuruteraan peringkat Diploma selama tiga tahun di Colleges of Technology (KOSEN) di Jepun.
Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun. Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di Jepun ialah dua tahun.
1.2 Program Khas Korea
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti program persediaan selama sembilan bulan di INTEC Education College, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat persediaan dan Sijil Bahasa selama 12 bulan di Pusat Pengajian Bahasa yang ditetapkan iaitu Seoul National University – Language Education Institute (SNU-LEI), Korea.
Pelajar yang melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan Kerajaan akan diteruskan penajaan dalam bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) melalui dua (2) kaedah iaitu:
i. pelajar yang mendapat CGPA 3.75 dan ke atas akan ditawarkan pengajian terus ke peringkat Ijazah Pertama selama empat tahun;
manakala
ii. pelajar yang mendapat CGPA 3.74 dan ke bawah akan ditawarkan pengajian ke peringkat Diploma selama 2 tahun dan Ijazah Pertamaselama 2 tahun
1.3 Program Khas Perancis
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC Education College bagi bidang Kejuruteraan atau di Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL-MFI) bagi bidang Sains Sosial.
Pelajar yang mengikuti bidang Kejuruteraan akan ditempatkan di INTEC Education College untuk mengikuti kursus persediaan selama sebulan dan seterusnya menyambung pengajian persediaan di Perancis selama 12 bulan di Institut Universitaire deTechnologie (IUT) yang ditetapkan. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Société Française d’Exportation des Ressources Educatives (SFERE) iaitu wakil yang dilantik oleh Kerajaan Perancis. Prestasi pelajar semasa kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama lima tahun di universiti-universiti terkemuka di Perancis (Grand Ecole) atau di IUT.
Bagi pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan bagi bidang Sains Sosial, pelajar akan mengikuti kursus persediaan di UniKL-MFI selama 13 bulan danseterusnya mengikuti bridging program di Perancis selama dua bulan. Prestasi pelajar semasa kursus persediaan akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama tiga hingga empat tahun di universiti-universiti terkemuka dalam bidang sains sosial di Perancis (Sciences Po, Grenoble Ecole de Management dan SKEMA Business School) dalam bidang seperti Hubungan Antarabangsa, Ekonomi, Statistik, Human Resource, Sains Politik, Perniagaan Antarabangsa atau Pengurusan Global.
*Nota berkaitan kelayakan pengajian Kejuruteraan di Perancis:
Diplome d’Ingenieur dari Grand Ecole dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan memenuhi keperluan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), manakala Diplome Universitaire deTechnologie (DUT) dari IUT diiktiraf sebagai setaraf dengan Diploma Kejuruteraan dari IPT tempatan bagi maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, pelajar yang mengikuti pengajian sepenuhnya di IUT perlu mengikuti pengajian peringkat Master dan bergraduat dengan Master of Engineering untuk memenuhi keperluan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan BEM.
1.4 Program Khas Jerman
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Khas Jerman akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC Education College atau Sunway College.
Di INTEC, pelajar mengikuti program A-Level Jerman selama 22 bulan. Seterusnya, pelajar akan mengikuti program persediaan bahasa (bridging course) selama 6 bulan di Jerman iaitu di Institut Für Internationale Kommunikation (IIK).
Di Sunway College, pelajar mengikuti program Australian Matriculation (AUSMAT) Jerman selama 18 bulan. Seterusnya, pelajar akan mengikuti program persediaan bahasa (bridging course) selama 8 bulan di Jerman iaitu di Carl Duisberg Centren (CDC).
Pelajar juga akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap A1 sehingga B2 dalam tempoh pengajian persediaan. Pelajar selanjutnya akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap C1 dan akan menduduki peperiksaan seperti TestDaf, The European Language Certificates (TELC) atau Deutsche Sprachprüfung für den Hochschulzugang (DSH) di akhir bridging course sebagai penilaian penguasaan Bahasa Jerman. Keputusan peperiksaan merupakan syarat kemasukan bagi pengajian peringkat Bachelor di universiti-universiti Jerman. Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan seterusnya akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama tiga tahun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Jerman bagi bidang Kejuruteraan dan S&T. Pelajar turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master di Jerman sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Bachelor dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh pengajian peringkat Master adalah selama dua tahun.
Bagi bidang S&T, pelajar boleh memilih bidang-bidang yang berkaitandengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) seperti Artificial Intelligence, Big Data, Internet of Things atau Computer Science.
*Nota berkaitan kelayakan pengajian Kejuruteraan di Jerman:
Kelayakan Bachelor’s (BEng. / BSc. in Engineering) dalam bidang Kejuruteraan di Jerman adalah tidak setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPT tempatan. Pelajar perlu menghabiskan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang yang sama secara Kerja Kursus untuk diiktiraf sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPT tempatan bagi maksud lantikan Jurutera atau jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, pelajar perlu menyemak pengiktirafan bagi kursus kejuruteraan yang akan diambil dengan pihak BEM bagi memastikan pengajian peringkat Master yang diikuti memenuhi keperluan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan BEM.
2. SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
2.1 Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
2.1.1 Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2021;
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
- Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
2.1.2 Syarat Khusus
Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
BIDANG / NEGARA PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN | SYARAT/ GRED MINIMUM |
1) Kejuruteraan Jepun INTEC Education College Kod Program: JKPJ 001 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah; |
2) Kejuruteraan Korea INTEC Education College Kod Program: JKPJ 002 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
3) Sains dan Teknologi Korea INTEC Education College Kod Program: JKPJ 003 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
4) Kejuruteraan Perancis INTEC Education College/Uni-MFI Kod Program: JKPJ 004 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
5) Sains Sosial Perancis Uni-MFI Kod Program: JKPJ 005 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; dan d) Dua (2) mata pelajaran yang lain. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
6) Kejuruteraan Jerman INTEC Education College/ Sunway College Kod Program: JKPJ 006 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
7) Sains dan Teknologi Jerman INTEC Education College Kod Program: JKPJ 007 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia. Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut: |
3. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa JPA dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; atau
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; atau
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
4. CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama 11 hari bermula 16 Jun 2022 (Khamis) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 16 sehingga 26 Jun 2022).
5. STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan pada 4 hingga 7 Julai 2022 mengikut zon pusat temuduga.
6. TARIKH-TARIKH PENTING
Aktiviti | Tarikh / Hari |
Permohonan dibuka | 16 Jun 2022 (Khamis) |
Permohonan ditutup | 26 Jun 2022 (Ahad) |
Semakan panggilan SAC | 1 Julai 2022 (Jumaat) |
Tempoh SAC | 4 – 7 Julai 2022 |
Jangkaan Keputusan | 29 Julai 2022 (Jumaat) |
7. KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 29 Julai 2022 (Jumaat).
Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.