Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) Pengajian Pasca Siswazah 2024

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) untuk Pengajian Pasca Siswazah di Jepun – Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Biasiswa Kerajaan Jepun 2025 (Monbukagakusho: MEXT) untuk pengajian Sarjana dan Ph.D di Jepun.

biasiswa kerajaan jepun

Biasiswa ini melibatkan penajaan pengajian pegawai di peringkat Sarjana atau Ph.D dalam bidang Humanities and Social Sciences serta Natural Science di Jepun. Permohonan adalah secara dalam talian bermula 13 Mac hingga 12 April 2024.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2025 (lahir pada atau selepas 2 April 1990);

2) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada 1 Januari 2024;

3) Tidak berkhidmat dalam perkhidmatan tentera;

4) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

5) Mempunyai ijazah sarjana muda atau sarjana (minima CGPA 3.4) daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN);

6) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris dan/ atau Bahasa Jepun yang baik;

7) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2020, 2021 & 2022) atau (2021, 2022 & 2023). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;

8) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu (pada 1 Januari 2024)
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan 1 tahun


9) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

10) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

11) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini; dan

12) Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.

CARA MEMOHON

Pegawai P&P yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di LAMPIRAN 1 boleh memohon biasiswa ini dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my bermula daripada 13 Mac 2024 sehingga 12 April 2024. Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan PPSM masing-masing beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Semua permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakukan oleh PPSM hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya 19 April 2024 sama ada melalui serahan tangan / pos melalui alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

SUMBER | PAUTAN PERMOHONAN RASMI


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *