Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025 – Tawaran JPA bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa JPA

Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah program Khas Jepun Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2024 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains
Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.


Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik atau apa – apa bentuk penajaan yang ditentukan oleh Kerajaan.

Penajaan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik memperuntukkan kemudahan pengecualian/ pengurangan bayaran balik pinjaman berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir dan/ atau dilantik dalam Sektor Awam setaraf dengan kelayakan seperti berikut:

Kriteria Peratusan bayaran balik PBU
i) PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau setara tanpa pelanjutan 5%
ii) PNGK akhir 3.50 – 3.74 atau setara tanpa pelanjutan 10%
iii) PNGK akhir 3.00 – 3.49 atau setara tanpa pelanjutan 15%
iv) PNGK akhir 3.00 dan ke atas atau setara dengan pelanjutan 20%
v) PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau Gagal pengajian 100%
DAN/ATAU
Dilantik dalam Sektor Awam (setaraf dengan kelayakan) Dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman

2. STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ

Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:

PROGRAM / NEGARA PERSEDIAAN IJAZAH PERTAMA
KOLEJ KURSUS / TEMPOH BIDANG STRUKTUR PENGAJIAN
Kejuruteraan Teknikal Jepun INTEC Education College Kumpulan Teknikal Jepun (19 bulan) Kejuruteraan Dip.: 3 tahun
I.P.: 2 tahun
INTEC Education College Kumpulan Teknikal Jepun (19 bulan) Sains dan Teknologi Dip.: 3 tahun
I.P.: 2 tahun
Khas Korea 1) INTEC Education College
2) Pusat Pengajian Bahasa di Seoul National University (SNU), Korea
1) Program Persediaan ke Korea (7 bulan)
2) Sijil Bahasa (12 bulan)
Kejuruteraan CGPA 3.75 Ke Atas – I.P.: 4 tahun
CGPA 3.74 Ke Bawah – Dip.: 2 tahun, I.P.: 2 tahun
1) INTEC Education College
2) Pusat Pengajian Bahasa di Seoul National University (SNU), Korea
1) Program Persediaan ke Korea (7 bulan)
2) Sijil Bahasa (12 bulan)
Sains & Teknologi CGPA 3.75 Ke Atas – I.P.: 4 tahun
CGPA 3.74 Ke Bawah – Dip.: 2 tahun, I.P.: 2 tahun
1) Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT)
2) Universiti di Korea
1) Foundation in Science and Technology for Korean University (18 bulan)
2) Persediaan bahasa (3 bulan)
Kejuruteraan I.P.: 4 tahun
1) Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT)
2) Universiti di Korea
1) Foundation in Science and Technology for Korean University (18 bulan)
2) Persediaan bahasa (3 bulan)
Sains & Teknologi I.P.: 4 tahun
Khas Perancis 1) INTEC Education College – SFERE
2) Institut Universitaire de Technologie (IUT) yang ditetapkan
1) Program Persediaan ke Perancis (2 bulan)
2) Persediaan di Perancis (9 bulan)
Kejuruteraan I.P.: 4 – 5 tahun
3) INTEC Education College – SFERE
4) Institut Universitaire de Technologie (IUT) yang ditetapkan
3) Program Persediaan ke Perancis (2 bulan)
4) Persediaan di Perancis (9 bulan)
Sains & Teknologi I.P.: 4 atau 5 tahun
4) Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL-MFI) 4) (Pre-France) (13 bulan) Sains Sosial I.P.: 3 atau 4 tahun
Khas Jerman 1) Sunway College
2) Carl Duisberg Centren (CDC)
1) Australian Matriculation (AUSMAT) (18 bulan)
2) Bridging course (8 bulan)
Sains & Teknologi I.P.: 3 tahun


Nota:
Dip : Diploma
I.P : Ijazah Pertama
Bch : Bachelor
DUT : Diplome Universitaire de Technologie

2.1 Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Persediaan yang dikenal pasti. Seterusnya, penajaan akan dipertimbangkan kepada pelajar yang mendapat tempat pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja.

2.2 Bidang pengajian yang tidak ditaja merangkumi:

a) Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi;
b) Undang-undang;
c) Seni bina;
d) Bidang pendidikan;
e) Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;
f) Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain;
g) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra-perkhidmatan; dan
h) Program-program berkaitan siji/ kursus profesional.

2.3 Kursus-kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat pengiktirafan penuh Badan-badan Profesional bagi kursus-kursus profesional.

2.4 Program Kejuruteraan Teknikal Jepun

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan Kumpulan Teknikal Jepun selama 19 bulan di INTEC Education College, Shah Alam.
Seterusnya, pelajar yang memenuhi syarat kemasukan ke Kolej-Kolej Teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA akan meneruskan pengajian Kejuruteraan peringkat Diploma selama tiga tahun di Colleges of Technology (KOSEN) di Jepun.

Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma, dan diterima masuk ke universiti di Jepun serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Tempoh pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama di Jepun ialah dua tahun.

2.5 Program Khas Korea

Terdapat dua laluan bagi pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini:

(i) Persediaan di INTEC Education College, Shah Alam

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti program persediaan selama tujuh bulan di INTEC Education College, Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat persediaan Sijil Bahasa selama 12 bulan di pusat pengajian bahasa yang ditetapkan iaitu Seoul National University – Language Education Institute (SNU-LEI), Korea.

Pelajar yang melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan Kerajaan akan diteruskan penajaan dalam bidang Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) melalui dua kaedah iaitu:

i. pelajar yang mendapat CGPA 3.75 dan ke atas akan ditawarkan pengajian terus ke peringkat Ijazah Pertama selama empat tahun; manakala; dan

ii. pelajar yang mendapat CGPA 3.74 dan ke bawah akan ditawarkan pengajian ke peringkat Diploma (lazimnya selama dua tahun) dan Ijazah Pertama (lazimnya selama dua tahun).

(ii) Persediaan di Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL-MIIT)

Pelajar akan mengikuti persediaan di UniKL-MIIT selama 18 bulan sebelum melanjutkan persediaan bahasa selama 3 bulan di universiti di Korea yang dikenal pasti. Seterusnya, pelajar akan ditaja untuk pengajian Ijazah Pertama di universiti di Korea selama empat tahun.

2.6 Program Khas Perancis

Pelajar yang ditawarkan penajaan Program Khas Perancis akan mengikuti laluan pengajian berdasarkan bidang pengajian, seperti berikut:

(i) Bidang Kejuruteraan/ Sains & Teknologi (S&T)

Program ini dijalankan dengan kerjasama Société Française d’Exportation des Ressources Educatives (SFERE) iaitu wakil yang dilantik oleh Kerajaan Perancis. Pelajar akan ditempatkan di INTEC Education College untuk mengikuti kursus persediaan selama dua bulan dan seterusnya menyambung pengajian persediaan di Perancis selama 12 bulan di Institut Universitaire de Technologie (IUT) yang ditetapkan.

Prestasi pelajar semasa kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama empat hingga lima tahun (mengikut bidang) di universiti-universiti terkemuka di Perancis (Grand Ecole) atau di IUT.

*Nota berkaitan kelayakan pengajian Kejuruteraan di Perancis:
Diplome d’Ingenieur dari Grand Ecole dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan memenuhi keperluan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), manakala Diplome Universitaire de Technologie (DUT) dari IUT diiktiraf sebagai setaraf dengan Diploma Kejuruteraan dari IPT tempatan bagi maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh yang demikian, pelajar yang mengikuti pengajian sepenuhnya di IUT perlu mengikuti pengajian peringkat Master dan bergraduat dengan Master of Engineering untuk memenuhi keperluan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan BEM.

(ii) Bidang Sains Sosial

Pelajar akan mengikuti kursus persediaan Pre-France di Universiti Kuala Lumpur – Malaysian France Institute (UniKL-MFI) selama 13 bulan.

Prestasi pelajar semasa kursus persediaan akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama tiga hingga empat tahun di universiti-universiti terkemuka dalam bidang sains sosial di Perancis.

2.7 Program Khas Jerman

Pelajar yang ditawarkan penajaan Program Khas Jerman akan mengikuti kursus persediaan Preparatory Course for Admission to German Universities (AUSMAT German) di Sunway College Kuala Lumpur (SCKL) selama 18 bulan. Seterusnya, pelajar akan mengikuti program persediaan bahasa (bridging course) selama 8 bulan di Carl Duisberg Centren (CDC), Jerman.

Dalam tempoh pengajian persediaan, pelajar akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap A1 sehingga B2. Pelajar selanjutnya akan mempelajari Bahasa Jerman Tahap C1 dan akan menduduki peperiksaan Bahasa Jerman di akhir bridging course (di Jerman) sebagai penilaian penguasaan Bahasa Jerman. Keputusan peperiksaan bahasa merupakan syarat kemasukan bagi pengajian peringkat Bachelor di universiti-universiti Jerman.

Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan seterusnya akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama tiga tahun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Jerman bagi bidang S&T.

3. SYARAT PERMOHONAN

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

3.1. Syarat Umum

a) Warganegara Malaysia;
b) Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
c) Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
d) Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
e) Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
f) Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

3.2. Syarat Khusus

Perincian syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANG / NEGARA PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN SYARAT / GRED MINIMUM
(1) Kejuruteraan
Jepun
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 001
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

2) Sains dan Teknologi
Jepun
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 002
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

3) Kejuruteraan
Korea
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 003
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

4) Sains dan Teknologi
Jepun
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 004
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

5) Kejuruteraan
Korea
UniKL-MIIT
Kod Program: JKPJ 005
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

6) Sains dan Teknologi
Korea
UniKL-MIIT
Kod Program: JKPJ 006
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

7) Kejuruteraan
Perancis
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 007
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

8) Sains dan Teknologi
Perancis
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 008
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

9) Sains Sosial
Perancis
UniKL-MFI
Kod Program: JKPJ 009
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

10) Sains dan Teknologi
Jerman
Sunway College
Kod Program: JKPJ 010
Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d)Fizik;dan
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah.

4. PERMOHONAN

4.1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://penajaan.jpa.gov.my bermula 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

4.2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Sekiranya calon membuat semakan semula keputusan SPM, calon perlu segera mengemukakan hasil semakan semula yang diterima daripada Lembaga Peperiksaan dalam tempoh permohonan dibuka sahaja menerusi e-mel [email protected].

4.3. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) yang dibuka mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

4.4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

4.5. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

4.6. Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

4.7. Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 11 Mei 2025 (Ahad) jam 5.00 petang.

5. STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 10 hingga 12 Jun 2025 mengikut zon pusat temu duga.

6. TARIKH-TARIKH PENTING

Aktiviti Tarikh / Hari / Masa
Permohonan dibuka 28 April 2025 (Isnin) | 2.00 petang
Permohonan ditutup 11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 petang
Pengisian UKPP 28 April 2025 (Isnin) | 2.00 petang

11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 petang
Semakan Panggilan SAC 2 Jun 2025 (Isnin) | 9.00 pagi

5 Jun 2025 (Khamis) | 4.00 petang
Tempoh SAC 10 Jun 2025 (Selasa) – 12 Jun 2025 (Khamis)
Jangkaan Keputusan Minggu kedua bulan Julai 2025

Nota: tertakluk kepada perubahan semasa

7. HAK KERAJAAN

7.1. Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa. Pihak Kerajaan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

7.2. JPA boleh membuat sebarang perubahan kepada program penajaan ini pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.

7.3. JPA boleh menarik balik tawaran penajaan sekiranya didapati perlu tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.

SUMBER: https://penajaan.jpa.gov.my/pengumuman-tawaran-terkini/pengumuman-pelajar/permohonan-bagi-program-khas-jepun,-korea,-perancis-dan-jerman-jkpj-tahun-2025.html


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *