Biasiswa Peneraju Tunas Geliga untuk Lepasan UPSR

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 – Tawaran Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 untuk Lepasan UPSR. Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 kini dibuka.

Khas kepada murid-murid tahun 6 sesi 2018 yang telah memperolehi keputusan masing-masing dalam peperiksaan UPSR, anda dipelawa untuk memohon biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 yang kini telah dibuka. Tawaran pembiayaan biasiswa pendidikan ini adalah terbuka kepada semua murid UPSR 2018 yang berkelayakan dan dari latarbelakang keluarga yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke peringkat yang lebih cemerlang di sekolah menengah.


  • Pengasas: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)
  • Info Program: Terbuka kepada murid UPSR 2018 untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kemasukan Tahun 2019 sahaja.
  • Bentuk Tajaan: Meliputi yuran sekolah dan asrama, elaun perbelanjaan sekolah (disalurkan ke dalam akaun sekolah), elaun bulanan (disalurkan ke dalam akaun peribadi murid) serta Program Pemupukan dan Pembangunan Murid (PPPM). Jumlah tajaan bagi setiap tahun adalah berbeza mengikut ketetapan sekolah dan perbezaan tingkatan.
  • Tarikh tutup: 23 Disember 2018

BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA

SYARAT KELAYAKAN

  1. Bumiputera warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  3. Mendapat keputusan UPSR 2018 sekurang-kurangnya ;
    i. 4A (Semenanjung)
    ii. 3A (Sabah dan Sarawak)
    * A untuk subjek Sains dan Matematik
  4. Aktif dalam ko-kurikulum
  5. Telah melakukan permohonan penempatan di SBP atau MRSM bagi kemasukan tahun 2019


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Yayasan Peneraju melalui pautan di bawah dengan merujuk bahagian “Permohonan Dibuka”.
  2. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap oleh ibu bapa atau penjaga untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan ralat semasa menghantar permohonan tersebut.
  3. Penggunaan satu emel adalah terhad kepada satu (1) permohonan sahaja.
  4. Pihak guru juga boleh menghantar permohonan melalui daftar akaun guru dan bilangan permohonan yang boleh dihantar melalui akaun guru adalah tidak terhad.

Info Tambahan:

  • Pemohon tidak perlu memuat naik sebarang dokumen semasa permohonan dalam talian (online).
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan selengkapnya dan memastikan bahawa permohonan tersebut berjaya dihantar.

HUBUNGI

Sekiranya anda ingin mengajukan soalan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan, anda boleh melihat soalan lazim di sini atau terus menghubungi pihak Yayasan Peneraju melalui maklumat di bawah:

Emel : [email protected]
Laman Sesawang : www.yayasanpeneraju.com.my
Telefon :03-2727 9000 atau 03-27279010 (Cik Azri)

LAMAN PERMOHONAN BIASISWA TUNAS GELIGA 2018


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *