Program Anugerah Biasiswa Agrobank 2019

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Anugerah Biasiswa Agrobank 2019 – Tawaran Biasiswa Agrobank sesi 2019 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Agrobank

Program Anugerah Biasiswa Agrobank yang ditawarkan ini adalah dibuka khas untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda di universiti awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Mahasiswa yang menerima PTPTN juga boleh memohon!


SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 23 tahun.
  • Mestilah pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa di IPTA / IPTS tempatan yang diiktiraf.
  • Program Ijazah dengan minimum 4 semester atau 2 tahun pada waktu semasa pengambilan/kemasukan i.e September 2016.
  • PNGK minimum 3.20 dan ke atas.
  • Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi satu kelebihan.
  • Ciri keperibadian yang sangat baik.
  • Tidak boleh menerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah yang memerlukan syarat bon perkhidmatan.
  • Keputusan laporan perubatan yang memuaskan.


JUMLAH BIASISWA

Elaun

  1. Saraan: RM 3,500.00 setiap semester
  2. Penginapan: RM 2,000.00 setiap semester
  3. Buku: RM 500.00 setiap semester
  4. Praktikal: RM 700.00 setiap semester
  5. Komputer riba pada awal pengambilan/kemasukan

Lain-lain

Bon perkhidmatan bersamaan dengan 1 tahun penajaan untuk pekerjaan 1 tahun dengan Agrobank apabila selesai pengajian dilaksanakan.

BIDANG-BIDANG: Terbuka (semua bidang pengajian layak memohon)

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan sekarang
  2. Lampirkan semua dokumen sokongan dan relevan
  3. Hantar kepada:

    LEARNING AND HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT (LHCD),
    HUMAN RESOURCE DIVISION, AGROBANK
    Level 12, Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815, 50726 Kuala Lumpur, Malaysia.

* Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu

TARIKH TUTUP: 19 april 2019

Sumber: AGROBANK


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *