Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 – Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2024 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024

Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2024 di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara.


Keterangan Kemudahan BYDPA Sesi 2024.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

Syarat Permohonan BYDPA 2024

Pemohon yang berminat dikehendaki membaca dan memahami syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 sebelum membuat permohonan. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.

Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek menghadiri temu duga.

Syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

i) Warganegara Malaysia; dan
ii) Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024.

Syarat-Syarat Khusus

i) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;

ii) Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing; atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing;

(iii)Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.

(iv) Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:

(a) Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
(b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga).

(v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.

Nota : Selain daripada syarat-syarat di atas, pemohon dalam kalangan penjawat awam masih tertakluk kepada syarat-syarat cuti belajar yang berkaitan.


Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:

(i) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
(ii) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
(iii) Ekonomi
(iv) Undang-Undang
(v) Kewangan Islam

Sub-bidang pengajian bagi bidang-bidang di atas adalah seperti di Lampiran 3.

Baca juga: Biasiswa Komanwel di United Kingdom – Sarjana & PhD

Senarai Universiti Tempatan Mengikut Bidang Pengajian

Lampiran A1

A. Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik/ Kecerdasan Buatan/ Ekonomi / Undang-Undang

BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

B. Bidang Kewangan Islam

BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
3. Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
4. Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
6. Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

Lampiran 2

Senarai Bidang dan Sub-Bidang

Panduan Menulis Kertas Cadangan

Borang PPSM (Bagi Penjawat Awam Sahaja)

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my ATAU http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG mulai 4 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2024. Ruangan perakuan Ketua Jabatan2 di dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan kepada pihak JPA bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

(i) Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D);

(ii) Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D);

(iii) Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti / institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian;

(iv) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.

(v) Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.

(vi) Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis kertas cadangan penyelidikan adalah seperti di Lampiran 4; dan

(vii) Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Nota : Dokumen permohonan yang lengkap daripada penjawat awam hendaklah dikemukakan oleh urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) setelah diperakukan oleh PPSM masing-masing. Urus setia PPSM hendaklah mengemukakan pencalonan kepada pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024.

HUBUNGI

Pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2024 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3053 / 3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat [email protected].


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *