Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2024 – Permohonan pembiayaan pendidikan di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA Tahun 2024 kini dibuka.

biasiswa mara tesp mara

Berita baik kepada pelajar Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2024). Pembiayaan melalui pinjaman pelajaran ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.


MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan kini dibuka bermula 20 Mac 2024 hingga 01 April 2024, jam 5.00 petang. dan perlu dibuat secara atas talian di Portal Rasmi MARA
  • Semua syarat umum dan syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh MARA hendaklah dipenuhi oleh setiap pemohon.
  • Permohonan yang disertakan dengan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses
  • Mana-mana pemohon yang didapati memberi maklumat yang tidak benar dan palsu, pihak MARA berhak menamatkan atau menarik balik pinjaman yang ditawarkan pada bila-bila masa.

SYARAT UMUM

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum yang disenaraikan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA seperti berikut:
    Kategori Kelayakan Pendapatan Bulanan Pendapatan Bercukai Tahunan
    Yuran & Elaun-elaun lain RM12,000 dan ke bawah RM150,000 dan ke bawah
    Yuran sahaja RM12,001 – RM20,000 RM150,001 – RM250,000

    Nota:
    Pengecualian syarat SES adalah bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.

  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  • Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1).
  • Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan
  • Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.

syarat umum tesp mara


SYARAT KHUSUS

1. Permohonan dibuka kepada pelajar baharu atau pelajar sedia ada di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Government Link University (GLU) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) laluan alternatif.

2. Permohonan di IPTA laluan perdana dibuka kepada pelajar sedia ada sahaja. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.

3. Syarat akademik bagi setiap pemohon TESP 2024 yang dinyatakan di bawah perlu dipenuhi:

Pelajar Baharu

Kelayakan Syarat kelayakan
Asasi / Matrikulasi / Persediaan / Diploma Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00.
A-Level Memperolehi sekurang-kurangnya 6 mata dalam 3 subjek termasuk subjek Matematik sekurang-kurangnya Gred C.
International Baccalaureate (IB) Memperolehi sekurang-kurangnya 24 mata termasuk Matematik sekurang-kurangnya 4 mata.

DAN telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat TIDAK termasuk semester terkini/semasa.

Pelajar Sedia Ada

Kelayakan Syarat kelayakan
Bidang SELAIN perubatan dan pergigian Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00. bagi semester terdahulu/terkini
Bidang perubatan dan pergigian Memperolehi keputusan LULUS bagi semester terdahulu/terkini

DAN sedang mengikuti pengajian serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat TIDAK termasuk semester terkini/semasa.

Syarat Akademik Lain

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.

4. Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPT TIDAK termasuk yang sedang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab.

5. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT TIDAK termasuk program pengajian secara separuh masa, jarak jauh dan dalam talian.

6. Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian, farmasi lain mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan.

7. Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan Badan-Badan Profesional yang berkaitan seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.

8. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini TIDAK akan dipertimbangkan.

syarat akademik tesp mara

TEMPOH PINJAMAN PELAJARAN

Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) bermula 20 Mac 2024 hingga 01 April 2024, jam 5.00 petang. di laman sesawang rasmi MARA melalui pautan di bawah
  2. Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini.
  3. Dokumen sokongan seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan.
  4. Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap sebelum dihantar.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, lewat atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
  6. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar di sistem MyEduloan dari semasa ke semasa

HUBUNGI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program TESP MARA dan menghadapi masalah teknikal, anda boleh menghubungi talian 03-2613 2034 / 2070 / 2582 / 2058 / 2087 / 2024 pada hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke alamat seperti berikut:

f) [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
g) [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
h) [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
i) [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
j) [email protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)

mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke:
[email protected]

PAUTAN PERMOHONAN PROGRAM TESP 2024 DI SINI


SENARAI IPT & BIDANG/KURSUS PROGRAM TESP 2024


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *