Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Kerajaan Republik Iran 2018 – Tawaran Biaisiswa Kerajaan Republik Iran 2018 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa kerajaan iran

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima makluman dari Kedutaan Besar Republik Iran di Kuala Lumpur mengenai tawaran Biaisiswa Kerajaan Republik Iran 2018 kepada warganegara Malaysia untuk mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah sepenuh masa di 25 universiti terkemuka di negara tersebut.


Bil. Kursus Pengajian Tempoh Pengajian
(tahun)
Bilangan Semester
1 Ijazah Sarjana Muda 4 8
2 Sarjana 2 4
3 PhD 4.5 9
4 Medical Doctorate 6 12

KRITERIA

Bahasa Parsi merupakan medium utama dalam semua peringkat pengajian namun kelas bahasa akan diberikan kepada pelajar. Pemohon mesti memenuhi semua keperluan dan syarat –syarat permohonan Biasiswa Kerajaan Iran seperti berikut:

1. Umur Maksimum

  • BA: 22
  • BA (Farsi Literature & Theology): 25
  • MA: 26
  • MA: (Farsi Literature & Theology)29
  • PhD: 31
  • PhD: (Farsi Literature & Theology): 34

2. Minimum CGPA (out of 20)

  • BA: 14
  • MA in Humanities, Art and Agriculture: 15
  • MA in Technology, Engineering, and Basic Sciences: 14
  • PhD: 16
  • Professional Doctorate in Medicine:16


KURSUS YANG DIPILIH

Kesenian, Kemanusiaan, Kejuruteraan, Sains Asas, Sastera & Teologi Farsi.

JUMLAH BIASISWA

Biasiswa Kerajaan Republik Iran memberi Biasiswa penuh dengan menanggung yuran pengajian, menyediakan penginapan serta elaun.

KAEDAH PERMOHONAN

Muat turun borang permohonan berikut: Iran Scholarship Application form of International Students (1.13 MB)

Borang permohonan perlu dilengkapkan dan dihantar ke:

Scientific Counselor and Director of Iranian Students in East Asia, Embassy of I.R Iran in Kuala Lumpur.
Office: C-19-3A, KL Trillion, 338, Jalan Tune Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Dokumen yang diperlukan:

  • Surat lamaran (cover letter) yang ditujukan kepada Kaunselor saintifik Iran di Asia Timur (Scientific Counselor of Iran in East Asia)
  • Resume terkini dan dikemaskini
  • Salinan pasport (semua halaman dengan sekurang-kurangnya sah 12 bulan)
  • Salinan sijil dan transkrip pendidikan yang diterjemahkan dan disahkan
  • Dua gambar (saiz pasport)
  • Sijil Kesihatan

Untuk maklumat lanjut, rujuk juga: http://iranscea.com/en/?p=334

Tarikh Tutup: 15 Februari 2018

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan kepada:

1. 03-2710 9162 (Office of the Scientific Counselor of Iran in East Asia)
2. 03-8870 6387 (Pn. Hanizah Binti Hamdan, Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi)
3. 03-8870 5389 (Cik Najlia Binti Mohd Nasir, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa)

Emel: [email protected]

Sumber: www.mohe.gov.my, IranSCEA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *