Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang – Permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang hari ini.

bantuan dermasiswa zakat pulau pinang

OBJEKTIF

Pemberian bantuan dari segi kewangan kepada mahasiswa/mahasiswi yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh pihak Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP. Peringkat pengajian yang ditawarkan di bawah bantuan ini adalah Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Tawaran dibuka kepada semua bidang pengajian dan kursus yang memberi nilai tambah serta manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kepada pemohon yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi terlebih dahulu:

  1. Mestilah memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan untuk bantuan zakat.
  2. Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh pihak Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP sahaja.
  3. Mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua kursus pengajian atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  4. Bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD), permohonan dibuka kepada semua kursus pengajian atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  5. Keputusan nilai purata semester 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Ibubapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan/harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
  7. Pemohon yang tidak bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.
  8. Pemohon yang bermastautin di Pulau Pinang tetapi ibu bapa mereka bekerja di luar Pulau Pinang serta tidak membayar zakat di Pulau Pinang adalah layak memohon dengan syarat mereka tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.

Lihat juga: Program Biasiswa FWD Takaful

Syarat Umum

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  4. Tidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Tawaran Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2022 mulai dibuka pada 23 Mac 2022 hingga 22 April 2022 kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan.
  2. Permohonan mestilah dibuat dengan mendaftar melalui portal pengguna di https://zakatpenang2u.com/ pada waktu permohonan yang dibuka DAN dibuat atas nama ketua keluarga / waris.
  3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun DAN untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja.

NOTA

Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.

PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang, boleh terus hubungi:

Bahagian Institusi & Pendidikan,
Zakat Pulau Pinang, MAINPP
Tel: 04-549 8125/155
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *