Bengkel Biasiswa Chevening di TEGAS Digital Village

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Bengkel Biasiswa Chevening di TEGAS Digital Village – Sesi Maklumat dan Bengkel Biasiswa Chevening akan diadakan di TEGAS Digital Village pada 30 September dan 1 Oktober 2022 (Jumaat dan Sabtu) ini bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana di United Kingdom di bawah tajaan Suruhanjaya Tinggi British.

biasiswa chevening


Sesi anjuran bersama Suruhanjaya Tinggi British dan TEGAS Digital Village ini akan diadakan dalam dua sesi berbeza.

Pada sesi hari pertama Jumaat ini, 30 September, dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang, sesi maklumat itu akan menyentuh tentang biasiswa berkenaan.

Manakala bagi sesi kedua pada hari Sabtu, 1 Oktober, akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, tentatif pengisian bengkel merangkumi perkongsian mengenai cara menulis esei permohonan dan mengisi borang penyertaan.

Kepada anda yang berminat, sila daftar diri melalui pautan berikut https://bit.ly/CheveningxSarawak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *