Biasiswa Dr. Lee Siew Keong 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Dr. Lee Siew Keong 2018 – Permohonan Biasiswa Dr. Lee Siew Keong untuk pelajar UKM Sesi Akademik 2018 / 2019 kini dibuka. Sukacita dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa para mahasiswa/i UKM untuk memohon Biasiswa Dr. Lee Siew Keong.

biasiswa

Dr. Lee Siew Keong, pengasas bagi kumpulan syarikat ini, melalui SKG Group of Companies telah bermurah hati memberikan dana pendidikan ini untuk diagihkan kepada para mahasiswa/i UKM yang layak bagi membantu meringankan beban mahasiswa/i di UKM.

Biasiswa ini akan meliputi perkara-perkara berikut:

1) Yuran pengajian.
2) Yuran penginapan.
3) Yuran khas yang lain (aktiviti pelajar / perpustakaan dan lain-lain).
4) Kos sara hidup.


Syarat-syarat untuk layak memohon:

1) Mahasiswa UKM & warganegara Malaysia sahaja.
2) Terbuka kepada mahasiswa/i PRASISWAZAH TAHUN SATU (1) & TAHUN DUA (2) sepenuh masa sahaja.
3) Pendapatan isi rumah RM 4,000.00 atau kurang.
4) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tidak kurang daripada 2.75; dan
5) Tidak mempunyai sumber pembiayaan luar yang lain (PTPTN, JPA, tajaan biasiswa lain). – Bagi yang telah memohon atau sedang ditaja, jika permohonan Biasiswa Dr. Lee Siew Keong telah berjaya, anda perlu menolak tajaan / pinjaman yang lain.
5) Tarikh tutup permohonan: 23 Oktober 2015; 12.30 tengahari.

Cara Memohon

  1. Permohonan adalah secara atas talian (online)
  2. Sila pastikan setiap maklumat yang diminta diisi dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Sila klik pautan di bawah untuk memohon


Hubungi

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Yayasan Canselor
Aras 5, Kolej Keris Mas
Univeristi Kebangsaan Malaysia
(Tel) 03-8921 4178 / 03 8921 4663 (En. Redzuan) / 03 8921 4661 (Datin Normala)
email: [email protected]

Pautan Permohonan Biasiswa Dr. Lee Siew Keong 2018/2019


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *