Biasiswa JPA – Program Dermasiswa B40 Tahun 2021
/Biasiswa JPA – Program Dermasiswa B40 Tahun 2021. Tawaran Penajaan Biasiswa JPA di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 bagi mengikuti pengajian Diploma dan Sijil Profesional kini dibuka untuk permohonan.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.
Bagi tahun 2021, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
2.1. Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
2.1.1. Syarat-Syarat Umum
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama;
(iii) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(iv) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(v) Mempunyai kesihatan yang baik;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah (golongan B40).
2.1.2. Syarat Khusus
(i) Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU
a) Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
(ii) Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
a) Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
3. BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.
4. CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my (Pautan Pantas di SINI) selama tujuh (7) hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin) jam 5.00 petang hingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (3 talian) mulai 13 hingga 19 Julai 2021 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
5. KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada bulan Oktober 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.