Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 – Tawaran Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Sesi 2018 untuk Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas Online kini dibuka.
Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 oleh Pihak Sekolah Bagi Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas dibuka mulai 15 Februari hingga 31 Mac 2018.
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan adalah melalui sekolah masing-masing melalui guru tingkatan dengan kerjasama Guru Biasiswa dan JK Bantuan peringkat sekolah.
- Guru Biasiswa perlu mengemaskini data APDM sebagai asas permohonan BKP
- Muat turun borang – berikut adalah pautan muat turun borang dan lampiran yang perlu dilengkapkan:
SENARAI SEMAK
- Borang permohonan telah lengkap di isi
- Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
- Salinan kad pengenalan bapa yang disahkan
- Salinan kad pengenalan ibu yang disahkan
- Salinan penyata gaji yang disahkan
- Salinan keputusan peperiksaan yang terakhir
- Salinan keputusan peperiksaan UPSR/PMR/SPM (untuk permohonan ting 1, 4, dan 6 Rendah)
TAKWIM PERLAKSANAAN BKP TAHUN 2018
Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Pn. Azita Binti Ab Aziz
[email protected]
Pn. Hasnah binti Ismail
[email protected]
No Tel: 03 – 8889 7081
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2018 boleh didapati di laman web rasmi KPM di https://apb1.moe.gov.my/