Biasiswa Mudajaya Group Berhad

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Mudajaya Group Berhad 2016 – Tawaran Biasiswa Mudajaya Group Berhad bagi sesi tahun 2016 kini dibuka, mohonlah sekarang.

Mudajaya Group Berhad merupakan sebuah konglomerat utama dengan perniagaan teras dalam pembinaan, pembangunan hartanah, pengeluaran kuasa bebas, perkhidmatan pengurusan projek, pembuatan dan perdagangan bahan binaan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Mudajaya Group Berhad kepada tanggungjawab sosial korporat dan berkongsi kejayaan dengan masyarakat, mereka telah menganugerahkan banyak biasiswa kepada generasi muda selama ini.


Sekali lagi, pada tahun 2016 ini mereka menjemput mahasiswa untuk mengikuti Ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan dan berkongsi semangat untuk kecemerlangan, bagi memohon biasiswa ini.

SYARAT & KRITERIA

  • Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM / STPM / Kolej / Universiti
  • Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Biasiswa ini dibuka kepada mahasiswa tahun pertama pengajian tahun akhir di institusi pengajian tinggi tempatan

BIDANG PENGAJIAN YANG DIUTAMAKAN

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Ukur Bahan
  3. Ukur Tanah
  4. Kejuruteraan Elektrik
  5. Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  6. Kejuruteraan mekanikal
  7. Perumahan, Bangunan & Perancangan

AMAUN BIASISWA

  • Yuran pengajian: Ditaja separuh
  • Nilai Biasiswa: sehingga RM10,000 setahun
  • Elaun lain: Elaun, Latihan

PELUANG PEKERJAAN

  • Setelah tamat pengajian, pemohon yang berjaya boleh meneruskan kerjaya dengan Syarikat dan diberi ganjaran dengan pakej imbuhan yang kompetitif.
  • Diberi latihan kemahiran pengurusan yang perlu dipersiapkan untuk jawatan Pengurusan Kanan.


CARA PERMOHONAN

  1. Muat turun Borang Permohonan Biasiswa di sini.
  2. Sila sertakan sampul surat beralamat sendiri bersama borang permohonan dan hantar kepada:

    Jawatankuasa Biasiswa
    Mudajaya Group BERHAD (605.539-H)
    Level 11, Menara Mudajaya,
    No. 12A, Jalan PJU 7/3,
    Mutiara Damansara,
    47810 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.mudajaya.com
Tel: +603 7958 7899

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 Disember 2016

RUJUKAN

www.MudaJaya.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *