Biasiswa Pendididkan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Pendididkan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) 2018 – Tawaran Biasiswa Pendididkan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa zakat kedah

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa pendidikan dalam negara (Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan) seperti butiran di bawah:-

PERINGKAT PENGAJIAN: Ijazah Pertama


BIDANG PENGAJIAN

  1. Kejuruteraan / Bioteknologi / Sains Gunaan / Sains Kuantitatif / Sains Tulen dan Sains Perubatan

    Syarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

  2. Kewangan / Perbankan / Perakaunan / Ekonomi

    Syarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

  3. Pengajian Islam / Sains Sosial

    Syarat Kelayakan Akademik: Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level/Asasi/Foundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.50 ke atas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.


KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Islam;
  2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
  4. Pelajar untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan,biasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak;
  6. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian;

CARA MEMOHON

  1. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi LZNK di www.zakatkedah.com.my
  2. Klik Muat Turun Borang serta klik pada *Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA)*.
  3. Atau terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
  4. Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.

Peringatan

Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan, hendaklah dihantar ke Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Aras 5, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah pada atau sebelum 31 Oktober 2018. Tawaran biasiswa ini adalah terhad. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.


HUBUNGI

Sebarang persoalan boleh hubungi :

*Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan*
Tel: 04-7331740
Alamat: LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah, 05200, Alor Setar, Kedah
Laman web : www.zakatkedah.com.my
e-mel : [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *