Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (LSPM) Dalam Negara

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (LSPM) Dalam Negara – Tawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (LSPM) Dalam Negara sesi tahun 2023.

biasiswa jpa

1. PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.


Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;

ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;

iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan

iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

2. PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN

2.1. Penajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.

2.2. Calon-calon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di LAMPIRAN A.

2.3. Seterusnya, penajaan peringkat Ijazah Pertama adalah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sahaja tertakluk kepada pelajar melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) di Peringkat Persediaan. Senarai IPT adalah seperti di LAMPIRAN B.

2.4. Pemohon tidak dibenarkan untuk mengikuti program persediaan dengan pembiayaan sendiri. Sekiranya berbuat demikian, pemohon tidak akan ditawarkan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah program ini.

2.5 Pelajar tidak digalakkan memohon penangguhan penajaan / program persediaan pada tahun tawaran semasa kecuali atas sebab-sebab munasabah seperti masalah kesihatan. Permohonan penangguhan kerana masalah kesihatan boleh dikemukakan dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai keadaan kesihatan pelajar. Tempoh penangguhan maksimum yang boleh dipertimbangkan dan tertakluk kepada kelulusan adalah 12 bulan.

2.6. Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar boleh ditamatkan. HKA peringkat persediaan adalah seperti di LAMPIRAN C.

2.7. Sekiranya pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.


3. SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

3.1. Syarat Umum Calon

3.1.1 Warganegara Malaysia;
3.1.2 Mempunyai kesihatan yang baik;
3.1.3 Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
3.1.4 Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
3.1.5 Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali;
3.1.6 Umur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
dan
3.1.7 Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

3.2. Syarat Khusus Calon

3.2.1 Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
3.2.2 Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

4. KETETAPAN PENAJAAN

4.1. Peringkat Persediaan

Pelajar hendaklah memulakan pengajian Persediaan dalam tahun penawaran semasa.

Tempoh maksimum untuk mengikuti pengajian di peringkat Persediaan adalah bagi tempoh 24 bulan yang dikira daripada tarikh memulakan pengajian tahun penawaran semasa. Pelajar tidak layak mendapat pelanjutan selepas tempoh maksimum ini tamat.

Pelajar yang mengikuti pengajian persediaan A-Level diwajibkan mengambil tiga subjek sahaja. Sekiranya pelajar ingin mengambil lebih daripada tiga subjek, pembayaran bagi subjek-subjek tersebut adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.


4.2. Peringkat Ijazah Pertama

Penajaan adalah meliputi semua bidang seperti yang dinyatakan kecuali bidang pendidikan, penerbangan, kejururawatan, separa perubatan, kursus profesional atau program yang dilaksanakan secara Program Berkembar. Program pengajian yang diikuti hendaklah telah mendapat akreditasi penuh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan badan profesional berkaitan, seperti senarai di LAMPIRAN D.

Bagi tujuan penajaan, pelajar perlulah terlebih dahulu mendapat tawaran mengikuti pengajian Ijazah Pertama di IPT dalam tempoh 12 bulan selepas tamat program persediaan. Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguh pengajian ke tahun berikutnya.

Program Pengajian yang diikuti hendaklah dijalankan secara sepenuh masa di institusi dalam negara sahaja dan tidak termasuk dalam program berkembar di luar negara atau sebahagian daripadanya dijalankan di luar negara (kecuali di bawah program mobiliti).

Yuran pengajian bagi Ijazah Pertama di Universiti Awam hanya dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh JPA iaitu berdasarkan kadar yuran pengajian saluran perdana sahaja (saluran alternatif/ terbuka/ private wing/ pengajian tanpa subsidi yuran pengajian tidak ditaja).

5. PERMOHONAN

5.1. Calon yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.

Senarai Calon LSPM Tahun 2023 akan dipaparkan pada 12 Jun 2023, jam 12.00 tengahari. Hanya pelajar yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini.

5.2. Permohonan dibuka bermula 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

5.3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

5.4. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam melalui Sistem eProfiling. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

5.5. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

5.6. Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 sehingga 16 Jun 2023).

5.7. Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Jun 2023.


6. STUDENT ASSESSTMENT CENTRE (SAC)

Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temu duga..

7. TARIKH-TARIKH PENTING

Aktiviti Tarikh / Hari
Permohonan dibuka 12 Jun 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari
Permohonan ditutup 16 Jun 2023 (Jumaat) | 11.59 malam
Pengisian Ujian Psikometrik 12 Jun 2023 (Isnin) | 12.00 tengah hari – 16 Jun 2023 (Jumaat) | 11.59 malam
Semakan panggilan SAC 4 Julai 2023 (Selasa) | 12.00 tengah hari – 9 Julai 2023 (Ahad) | 11.59 malam
Tempoh SAC 10 Julai 2023 (Isnin) – 14 Julai 2023 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan 4 Ogos 2023 (Jumaat) | 12.00 tengah hari

LAMPIRAN A: SENARAI PROGRAM PERSEDIAAN YANG DITAJA DI BAWAH PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA TAHUN 2023

BIL. PROGRAM PERSEDIAAN
1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
3. Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
4. Asasi Universiti Awam (UA)
Contoh: Asasi UIAM; Asasi Sains UM; Asasi UNIMAS; Asasi UMS; Asasi UniSZA; Asasi Pengajian Islam UM; Tahmidi USIM; Asasi UKM dan lain-lain.
5. Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara
6. Program Persediaan di International Islamic School Malaysia (IISM)
7. Foundation IPTS*
Contoh:
i. Foundation Programme
ii. A-Level
iii. International Baccalaureate (IB) Diploma Programme
iv. Australian Matriculation (AUSMAT)

* Dilaksanakan di Institusi-institusi seperti di LAMPIRAN B

LAMPIRAN B: SENARAI UNIVERSITI DAN BIDANG PENAJAAN DI BAWAH PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA TAHUN 2023

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BIDANG PENGAJIAN
Universiti Awam (UA) 1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5. Universiti Sains Malaysia (USM)
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
7. Universiti Utara Malaysia (UUM)
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
9. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
18. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Semua bidang
KECUALI
Perubatan,
Pergigian,
Farmasi,
Pendidikan,
Penerbangan,
Kejururawatan,
Separa
Perubatan,
Kursus
Profesional,
Program
Berkembar.
Institusi
Pengajian
Tinggi
Swasta
(IPTS)
1. UTM – Malaysia Japan International Institute
of Technology (MJIIT)
2. University Teknologi Petronas (UTP)
3. Monash University Malaysia
4. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
5. Multimedia University (MMU)
6. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
7. Taylor’s University
8. The University of Nottingham Malaysia
Campus (UNM)
9. Manipal International University
10. Swinburne University of Technology
Sarawak Campus
11. Curtin University, Malaysia
12. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
13. UCSI University
14. Asia Pasific University of Technology and
Innovation (APU)
15. SEGi University
16. Tunku Abdul Rahman University College
17. TATI University College
Kejuruteraan
1. Taylor’s University
2. UCSI University
3. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Senibina
(Merangkumi
Part I dan Part
II)
1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
2. International Medical University (IMU)
3. Monash University Malaysia
4. University Tenaga Nasional (UNITEN)
5. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
6. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
7. Curtin University, Malaysia
8. The University of Nottingham Malaysia
Campus (UNM)
9. Swinburne University of Technology
Sarawak Campus
10. UCSI University
11. Multimedia University (MMU)
12. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
13. Management And Science University (MSU)
14. Taylor’s University
15. Asia Pacific University of Technology &
Innovation (APU)
16. Sunway University
17. SEGI University
18. Manipal International University
19. University of Cyberjaya (UoC)
20. Lincoln University College
21. Tunku Abdul Rahman University College
22. TATI University College
23. WIDAD University College
Sains /
Teknologi
Dan
Sains Sosial


LAMPIRAN C: HAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (HKA) KEPUTUSAN AKHIR PERINGKAT PERSEDIAAN

BIL. PROGRAM PERSEDIAAN HAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (HKA)
1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peringkat Jayyid Jiddan dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran
3. Asasi / Matrikulasi / Foundation PNGK 3.75
4. A-Levels 13 mata
5. International Baccalaurate Diploma Programme (IB) 34 mata
6. Australian Matriculation (AUSMAT) Australian Tertiary Admission Rank
(ATAR) 85%
7. Program persediaan selain yang di atas Cemerlang / Distinction / PNGK
3.75 atau setara

LAMPIRAN D: SENARAI BADAN-BADAN PROFESIONAL MALAYSIA

Hanya Badan Profesional di Malaysia yang diluluskan di bawah peruntukan undang-undang tertentu sahaja diluluskan / ditetapkan bagi tujuan penajaan Jabatan ini. Senarai Badan Profesional di Malaysia adalah seperti berikut:

BIL. BIDANG BADAN PROFESIONAL
1. Perakaunan Institut Akautan Malaysia
2. Undang-undang Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang
3. Kejuruteraan Lembaga Jurutera Malaysia
4. Senibina Lembaga Arkitek Malaysia
*Bagi bidang senibina, universiti yang disenaraikan
adalah berdasarkan senarai Lembaga Arkitek
Malaysia (LAM) dan menawarkan pengajian
peringkat Part I dan Part II.
5. Sains dan Teknologi Malaysian Board of Technologist (MBOT)
6. Bidang-bidang Lain i. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
ii. Lembaga Juruukur Tanah Malaysia
iii. Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta
Tanah
iv. Lembaga Perancang Bandar Malaysia
v. Majlis Optik Malaysia
vi. Majlis Veterinar Malaysia
vii. Badan Profesional / badan penyelia lain
yang diwujudkan dan diiktiraf oleh
Kerajaan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *