Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019 – Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk sesi 2019 kini dibuka.

biasiswa

Sukacitanya MAIPk akan membuka tawaran Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal khusus bagi pelajar Tingkatan 1, 4 dan 5 bagi sesi persekolahan 2019. Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang cemerlang di bawah asnaf Fakir dan Miskin seluruh negeri PERAK.


SYARAT KELAYAKAN

Pemohon skim ini harus memenuhi syarat-syarat keperluan berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  • Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1), empat (4) dan lima (5) sahaja.
  • Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
  • Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.


CARA MEMOHON

  1. Sekiranya berminat boleh dapatkan borang di pejabat baitulmal terdekat atau muat turun dokumen melalui pautan dibawah.
  2. Borang hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  3. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  4. Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  5. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
  6. Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  7. Tarikh Permohonan : 17 Disember 2018 – 31 Januari 2019

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di talian 05-208 4000.

Pautan Borang Permohonan Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *