Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023 – Tawaran Pembiayaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) hari ini.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).
Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
- Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
Syarat Khusus
Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30;
dan
(ii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;
Dan
(ii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).
Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:
(i) Bidang pendidikan;
(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA;
dan
(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU. Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian; atau
(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; atau
(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; atau
(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama selama 4 hari mulai 3 Julai (12.00 tengah hari) hingga 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau emelkan kepada [email protected] (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 4 sehingga 7 Julai 2023).
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada September 2023. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA. Sesi tajaan pula bermula pada tarikh yang akan diumumkan kelak.