Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022
Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 – Tawaran Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) tahun 2022 kini dibuka. Jadilah pemohon terawal memohon Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) hari ini.
Biasiswa WBS
Program Penajaan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau boleh dikenali juga sebagai Biasiswa WBS merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH). PPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang berperanan sebagai agensi pelaksana. Matlamat PPSH adalah untuk menyediakan golongan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan sepanjang masa.
Bidang Pengajian
Secara umumnya bidang-bidang pengajian berikut adalah ditawarkan dibawah biasiswa WBS:
- Pengurusan
- Pemasaran
- Sumber Manusia
- Perniagaan
- Sains Politik
Di bawah disenaraikan kursus yang ditawarkan:
Peringkat Diploma
– Diploma in Management
– Diploma in Human Resources Management
Peringkat Ijazah Pertama
– Bachelor of Marketing with Honours
– Bachelor of Business Administration with Honours
– Bachelor of Management with Honours
– Bachelor of Human Resource Management with Honours
– Bachelor Of Political Science With Honours
– Bachelor Of Liberal Studies With Honours
Peringkat Sarjana
– Master of Project Management
– Master of Management
– Master of Business Administration
– Master of Human Resource Management
BACA JUGA: Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
Syarat Kelayakan
Keperluan memenuhi syarat kelayakan oleh pemohon seperti di bawah menjadi kemestian bagi melayakkan diri mendapat penajaan:
Kategori orang awam
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
- Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon
Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
- Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
- Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS).
Kaedah Permohonan
Sekiranya anda memenuhi kelayakan dan berminat untuk memohon penajaan Biasiswa WBS, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Sila akses ke pautan pendaftaran di https://forms.office.com/r/GxdgQrj2a3%20%20
- Baca arahan terlebih dahulu sebelum mengisi borang
- Isi butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul menggunakan HURUF BESAR.
- Semak semula borang dan klik butang ‘Submit’ setelah anda berpuas hari dengan semua butiran maklumat yang diisi.
- Pemohon juga perlu menghantar salinan KAD PENGENALAN, GAMBAR BERUKURAN PASPORT serta RESUME menerusi e-mel ke [email protected] (Tulis NAMA PENUH – PPSH KOHORT 2 di subject e-mel) dan menyertakan:
KENYATAAN PERIBADI PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR:
“Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?” (Minima 150 patah perkataan). - Mana-mana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Medium perhubungan utama ialah melalui E-MEL. Pastikan anda memeriksa e-mel untuk mengetahui keputusan permohonan.
Tarikh tutup permohonan biasiswa: 15 Mac 2022
Hubungi
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan kemaskini tajaan Biasiswa WBS, sila rujuk melalui laman web rasmi di https://www.wbselangor.com.my/.