Biasiswa Yayasan Sabah 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Yayasan Sabah 2018 – Tawaran Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Yayasan Sabah sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. Pastikan anda menjadi yang terawal memohon Biasiswa Yayasan Sabah hari ini juga.

Biasiswa Yayasan Sabah

Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi Sesi Pengajian 2018. Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.


1. JENIS TAJAAN:

1.1 BIASISWA

1.1.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Kursus Foundation/’A’ Level/Sijil
Tempat Pengajian : Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar /TTP

1.1.2 Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
Peringkat Pengajian: Diploma / Ijazah
Tempat Pengajian: Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Twinning Programme /ASEAN/Timur Tengah

1.1.3 Biasiswa Ulum Islamiah
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah

1.1.4 Biasiswa Perubatan Mesir
Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian : Timur Tengah

1.1.5 Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan
Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)

Peringkat Pengajian: Ijazah
Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang
(Program Kerjasama dengan Negara Jerman)

Kursus Foundation (Kejuruteraan)
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program
Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang)

1.1.6 Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
Peringkat Pengajian: Diploma
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

1.2 DERMASISWA

1.2.1 Dermasiswa Kemahiran Belia
Peringkat Pengajian: Sijil
Tempat Pengajian : Intra International Skills Academy, Selangor (Program Kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan)

1.2.2 Dermasiswa KTYS
Peringkat Pengajian: Sijil
Tempat Pengajian : Kolej Teknikal Yayasan Sabah

1.3 PINJAMAN PENGAJIAN

Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.


2. KELAYAKAN AKADEMIK

2.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2017.

2.2 Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

2.3 Biasiswa Kejuruteraan
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level

Kursus Foundation (Kejuruteraan)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

2.4 Biasiswa Perubatan Mesir
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

2.5 Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

2.6 Dermasiswa Kemahiran Belia
Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.

2.7 Dermasiswa KTYS
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

2.8 Pinjaman Pengajian
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

3. CARA-CARA MEMOHON:

3.1 Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat melalui online dengan melayari laman web http://www.yayasansabahgroup.org.my. Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan online.

Pautan Pantas Portal Permohonan: https://ysedu-online.net.my/


3.2 Nombor PIN untuk permohonan melalui online boleh didapati di pejabat-pejabat Yayasan Sabah seperti di bawah.

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara
Blok 27 & 28, Tingkat 1
Langkon Commercial Centre
KOTA MARUDU

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara
Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
Km 5, Jalan Apin-Apin, Keningau
Peti Surat 104
89007 KENINGAU

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan
Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
Peti Surat 160
89807 BEAUFORT

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara
Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
Beg Berkunci No. I
90009 SANDAKAN

Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan
Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
Peti Surat 820
91008 TAWAU

Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
Wisma Yayasan Sabah
5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang
55000 KUALA LUMPUR

Pejabat Yayasan Sabah
Aras 6, MG-3
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
88000 KOTA KINABALU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

4.1 Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

*Tarikh tutup permohonan ialah 20 April 2018.*

Sila tulis “BCNS 2018” pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat pengiriman salinan dokumen (rujuk perkara 4.3) bagi permohonan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS).

4.2 Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Kejuruteraan, Ulum Islamiah, Biasiswa Perubatan Mesir, Dermasiswa Kemahiran Belia dan Pinjaman Pengajian.

*Tarikh tutup permohonan ialah 30 April 2018.*

4.3 Cetakan Borang permohonan secara online yang telah lengkap diisi WAJIB dikemukakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut ke alamat dibawah:

  1. Surat BeranaK/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/ Penjaga.
  3. Sijil-sijil persekolahan.
  4. Satu keping gambar berukuran pasport.
  5. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja), atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja).
  6. Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan).
  7. Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
  8. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Yayasan Sabah
Aras 5, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

5. PERHATIAN:

5.1 Salinan Kad Pengenalan pemohon hendaklah dibawa bersama semasa mendapatkan Nombor PIN permohonan Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah di semua pejabat Yayasan Sabah yang terdekat.

5.2 Nombor PIN permohonan dijual dengan harga RM3.OO setiap satu.

5.3 Setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi.

5.4 Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5.5 Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

5.6 Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

5.7 Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2018.




7 Comments
  1. AMIERA BINTI MARZUKI 7 years ago
    • Admin 7 years ago
  2. carol 7 years ago
  3. Hevenezer 7 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *