Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak permudah penerima pinjaman, biasiswa

Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak

CARA MODEN (Gambar): Abang Johari menekan butang pada tablet sebagai simbolik pelancaran Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak pada majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak sambil disaksikan Azmi (kiri) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian (kanan).


KUCHING: Yayasan Sarawak semalam melancarkan Aplikasi Pelajar sebagai satu lagi kemudahan kepada penerima pinjaman atau biasiswa yayasan.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata, dengan adanya aplikasi berkenaan para pelajar sama ada penerima biasiswa atau pinjaman dapat mengetahui status permohonan atau bayaran pinjaman mereka.

“Hari ini (semalam) kita melancarkan Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak yang boleh dimuat naik daripada Playstore (Android) sementara IOS (Apple) boleh dimuat naik minggu hadapan.

“Aplikasi ini amat istimewa yang dibangunkan oleh Yayasan Sarawak sendiri dan kami berterima kasih kepada bekas Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki yang mengetuai pasukan dalam membangunkan aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pen- yampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2018 yang disempurnakan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini.

Azmi berkata, aplikasi berkenaan memberi manfaat kepada pelajar untuk mengetahui status permohonan, status pinjaman, status pembayaran balik dan status baki bayaran pinjaman.

Sehingga kini ujarnya, terdapat 24,977 pelajar yang menerima manfaat daripada skim pinjaman Yayasan Sarawak seluruh negeri, iaitu pelajar aktif sama ada memohon, membuat pinjaman atau membayar balik.

Mengulas lanjut Azmi berkata, Yayasan Sarawak kini membuka permohonan bagi Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) bagi mereka bukan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).


“Sementara pelajar dalam bidang STEM boleh memohon Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT), yang mana kedua-dua per- mohonan dibuka sehingga 15 Ogos ini,” katanya sambil memberitahu setakat ini, mereka menerima 807 permohonan bagi YBSTAR dan 369 permohonan bagi BYSTT.

Berhubung hadiah ce- merlang Yayasan Sarawak tahun ini, ia menyaksikan peningkatan dari segi jumlah penerima iaitu bagi keduadua penerima Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pada kali ini daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 1,135 adalah menerima hadiah cemerlang Yayasan Sarawak untuk SPM sementara 297 penerima STPM.

“Bagi SPM ia merupakan peningkatan 61 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mana hanya 701 penerima berbanding 1,135 penerima tahun ini.

“Sementara STPM menunjukkan peningkatan 135 peratus yang 297 penerima tahun ini berbanding 126 pada tahun lepas,” katanya sambil menambah, secara keseluruhan ia peningkatan 73 peratus, iaitu daripada 827 penerima kepada 1,432 keseluruhan penerima tahun ini.

Azmi berkata, daripada 1,432 penerima seluruh negeri, 551 penerima adalah daripada Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian iaitu, 469 penerima bagi SPM dan 82 penerima STPM.

Kesemua penerima akan membawa pulang sijil daripada Yayasan Sarawak serta Sijil Simpanan Premium bernilai RM500 (SPM) dan RM700 (STPM).

Hari ini (semalam) kita melancarkan Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak yang boleh dimuat naik daripada Playstore (Android) sementara IOS (Apple) boleh dimuat naik minggu hadapan. ” Azmi Bujang Pengarah Yayasan Sarawak

Muat turun Aplikasi Pelajar Yayasan Sarawak di Laman Google Playstore di sini

Sumber: UtusanBorneo


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *