Pinjaman MARA: RM2.07 bilion manfaatkan 50,000 pelajar

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Pinjaman MARA: RM2.07 bilion manfaatkan 50,000 pelajar

pinjaman mara

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM2.07 bilion kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah pinjaman pelajaran MARA.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), R. Sivarasa berkata peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 50,000 pelajar Bumiputera yang layak dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya belum ada keperluan buat ketika ini untuk pihaknya menyalurkan wang pinjaman mengikut nilai mata wang negara yang diduduki oleh peminjam.

“Buat masa sekarang, berkenaan kadar pertukaran wang sedia ada, isu itu tidak begitu mendesak. Buat masa sekarang.”

“Tapi kita ambil maklum. Memang inilah satu faktor yang perlu diambil kira sekiranya nilai mata wang kita turun secara mendesak,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bertanyakan sama ada KPLB mahupun MARA akan menilai semula pinjaman yang diberikan kepada pelajar susulan kerugian yang dialami akibat pertukaran wang asing.

Baca juga: Pinjaman Pelajaran MARA Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah)

Jelasnya, MARA juga akan sentiasa memastikan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam bidang pendidikan dan keusahawanan sampai kepada golongan sasar terutama yang tinggal di desa dan kawasan pedalaman.

“Antara program yang dilaksanakan oleh MARA bagi mencapai hasrat tersebut ialah program outreach untuk memberi peluang dan bantuan pendidikan kepada para pelajar di luar bandar dan di kawasan pedalaman dan kerjasama dengan Pejabat Daerah, sekolah-sekolah di kawasan setempat dan program bersama pemimpin setempat,” katanya.


Di samping itu, katanya masyarakat setempat juga boleh mengunjungi Pejabat MARA Negeri (PMN) atau Pejabat MARA Daerah (PMD) yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat berkaitan program keusahawanan dan pendidikan yang disediakan oleh MARA.

Sumber: Astroawani.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *