Bantuan Awal Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Bantuan Awal Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang (ZPP) 2018 – Berita baik kepada sesiapa yang mempunyai anak, kawan atau kenalan yang akan menyambung pelajaran ke IPT (Dalam dan Luar Negara) boleh memohon bantuan permulaan ke IPT ZPP.

zakat pulau pinang

Bantuan Awal Permulaan Ke IPT dibuka sepanjang masa dan borang bantuan boleh diambil dimana-mana kaunter berdekatan.

1. DALAM NEGARA:

– Ijazah: RM1000
– Diploma: RM800
– Sijil/Matrikulasi: RM600

2. IPT LUAR NEGARA: RM2000

SYARAT-SYARAT UMUM BANTUAN

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi


i) Bantuan Permulaan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) – Dalam Negara

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Universiti Awam atau Swasta dalam Negara .

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
  4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan
  8. Kursus perfileman, muzik, tarian dan kursus tajaan KEMAS seperti kursus jahitan, masakan dan sebagainya tidak dipertimbangkan.
  9. Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris


ii) Bantuan Permulaan Universiti (Luar Negara)

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.

KRITERIA

1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.

5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat

6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

7. Pelajar dari daerah-daerah di negeri bersempadan (Kulim, Kuala Muda, Parit Buntar dan sekitarnya) dengan syarat pemohon atau penjaga membayar Zakat kepada ZAKAT PULAU PINANG

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan IPT yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti perjalanan seperti surat tawaran belajar, salinan visa, passport, tiket kapal terbang dan sebagainya.

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar

5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Nota : Kursus Iringan – contoh kursus bahasa lain, kursus persediaan ke luar negara, TOEFL dan lain-lain.

HUBUNGI

Alamat:
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466

Tel: 04-549 8088
Facebook: Zakat Penang


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *