Biasiswa Bursa Malaysia 2018
Biasiswa Bursa Malaysia 2018 – Program Biasiswa Bursa Malaysia 2018 oleh Yayasan Bursa Malaysia kini dibuka untuk permohonan.
Kesejahteraan negara kita bergantung kepada bagaimana kita memupuk golongan muda. Di Bursa Malaysia, kami percaya dalam memberikan peluang untuk mereka yang berani untuk mempunyai impian ke arah kecemerlangan. Melalui Yayasan Bursa Malaysia, Bursa menawarkan program biasiswa kepada pelajar yang layak yang memohon atau belajar di universiti awam di Malaysia.
Bursa Malaysia komited dalam usaha menjadi pasaran utama di Asia. Selari dengan usaha pertumbuhan ini merupakan kepercayaan mendalam kami untuk menyumbang ke arah kebaikan masyarakat. Biasiswa ini adalah lanjutan daripada kepercayaan itu dan kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan kami.
Bidang Tajaan
Senarai kursus yang ditaja di bawah program biasiswa ini, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang sedang atau akan belajar di bidang berikut:
- Kewangan
- Perakaunan
- Undang-undang (LLB dan Syariah)
- Ekonomi
- Matematik
- Teknologi Maklumat
- Sains Aktuari
Kriteria Pemohon
Pelajar yang ingin memohon hendaklah memenuhi kreteria yang ditetapkan seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia tidak melebihi 22 tahun
- Pendapatan isirumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Sudah menerima surat tawaran dari universiti awam tempatan sepenuh masa
- STPM minimum 2A dan 2B, A-Level minimum 2A dan 1B, atau Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas
- MUET: Band 4
- Aktif dalam ko-kurikulum atau khidmat masyarakat dan mampu memimpin dengan baik
Kaedah Permohonan
- Sila muat turun borang permohonan di sini.
- Permohonan boleh dihantar melalui e-mel ATAU dihantar kepada alamat di bawah
- Sila tulis di bucu atas kiri envelop kamu “Yayasan Bursa Malaysia Scholarship Programme 2018/2019”.
Tarikh Tutup
Semua permohonan harus sampai kepada kami pada 30 September 2018.
Hanya calon yang berjaya akan diberitahu. Borang permohonan tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.
Hubungi
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Yayasan Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Berhad
11th Floor, Exchange Square
Bukit Kewangan
50200 Kuala Lumpur
Tel: +603 2034 7000 / +603 2332 7000
Email: [email protected]
SUMBER: www.bursamalaysia.com