Biasiswa Gamuda 2022
Biasiswa Gamuda 2022 – Tawaran Biasiswa Gamuda sesi tahun 2022 kini dibuka untuk permohonan.
PENGENALAN
Gamuda percaya bahawa setiap perjalanan yang berjaya bermula dengan peluang yang tepat untuk kemajuan pendidikan. Gamuda mencari individu yang akan dipupuk untuk menjalankan visi mereka untuk terus memberikan penyelesaian inovatif dan cemerlang dalam projek-projek yang paling kompleks dan mencabar.
Melalui Biasiswa Gamuda, impian anda akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar Malaysia yang layak dan berniat untuk mengikuti Ijazah Pertama sepenuh masa digalakkan memohon Anugerah Biasiswa Gamuda yang kini dibuka untuk permohonan.
Sila buat persediaan permohonan selengkapnya dengan merujuk syarat di bawah.
BIDANG PENGAJIAN
Berikut senarai kursus yang ditawarkan di bawah biasiswa ini:
Universiti Tempatan (Universiti Awam / Swasta / Universiti Luar Negeri Malaysia) atau Universiti Asing (Luar Negara):
- Kejuruteraan (Awam, Elektrikal, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)
- Sains Komputer / Teknologi Maklumat
- Sains Alam Sekitar dan Kelestarian / Hortikultur /
- Biodiversiti
- Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan
- Perancangan Bandar dan Perbandaran
- Pengurusan Hartanah
- Senibina
- Psikologi / Pengurusan Sumber Manusia
SYARAT-SYARAT
Pemohon biasiswa perlu memenuhi semua syarat dan kriteria yang disenaraikan di bawah:
- Pemegang IC Malaysia, berumur antara 19 dan 23 tahun.
- Mendapat sekurang-kurangnya 3A/CGPA 3.40 dalam STPM atau yang setaraf (misalnya A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma)
- Mampu bertutur dan menguasai bahasa Inggeris yang baik
- Memiliki kualiti kepimpinan, nilai dan watak yang baik dan komitmen untuk terus unggul
- Telah menerima tawaran ke dalam mana-mana institusi yang bereputasi (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa semasa dipanggil untuk temuduga
- Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan
- Bersedia untuk berkhidmat kepada Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
- Tidak boleh menjadi penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain
NILAI BIASISWA
Gamuda menawarkan pembiayaan penuh untuk yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan adalah secara atas talian hingga 31 Mei 2022
- Layari laman permohonan melalui pautan berikut: Laman Permohonan
- Calon yang disenarai pendek dikehendaki menjalani proses pemilihan yang kompetitif yang terdiri daripada penilaian dan temuduga untuk mengukur keupayaan, kecerdasan sosial, kualiti kepimpinan dan prestasi akademik.
HUBUNGI
Sekarang adalah lebih mudah untuk hubungi pihak Biasiswa Gamuda melalui Facebook Messenger, sebarang pertanyaan mengenai biasiswa Gamuda, anda boleh kemukakan di: https://facebook.com/GamudaScholarship/
ATAU
Emel: [email protected]
Alamat: 78, Jalan SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya
Tel : 03-7726 9210
Laman Web : http://gamuda.com.my/gamuda-scholarship/