Program Penajaan 9A+ tahun 2018 untuk Pelajar Cemerlang SPM 2017

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ tahun 2018 – Tawaran Biasiswa JPA bagi Program Penajaan 9A+ tahun 2018 untuk Pelajar Cemerlang SPM 2017 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa jpa

Tawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah Program Penajaan 9A+ tahun 2018.

1. PENGENALAN

Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2018 merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.


2. PERINGKAT PENGAJIAN

Program Persediaan Ijazah Pertama
Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A. Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran B.

Sekiranya pelajar tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus Persediaan dengan tidak melepasi had kecemerlangan (Cut of Point) yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan.

3. SYARAT PENAJAAN

3.1 Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang- undang JPA;
  3. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  4. Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.

3.2 Syarat Khusus

  1. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  2. Memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  4. Berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember 2018 di universiti yang ditetapkan.

4. Sekiranya pelajar ditawarkan lebih daripada satu (1) program penajaan oleh JPA, pelajar hanya layak untuk memilih satu (1) program penajaan sahaja dan tawaran-tawaran lain oleh JPA secara automatik adalah terbatal.


5. PENAJAAN KE PROGRAM PERSEDIAAN

Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A.

6. PENAJAAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara mengikut bidang seperti senarai di Lampiran B sahaja dengan syarat pelajar melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

7. JPA tidak menaja program pengajian seperti berikut:

  1. Pendidikan;
  2. Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang;
  3. Program Kejururawatan / Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
  4. Kursus-kursus profesional seperti ACCA, CLP dan sebagainya;
  5. Program berkembar dengan institusi luar negara;
  6. Program Double Degree; dan
  7. Program-program lain yang belum mendapat pengiktirafan dan akriditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Baca juga: Biasiswa Yayasan TM (YTM) Future Leaders Scholarship 2018

8. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa JPA dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

9. CARA MEMOHON PROGRAM PENAJAAN 9A+

9.1 Pelajar yang berminat perlu mengisi eprofiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.

9.2 Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat persediaan) sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 30 Jun 2018 jam 5.00 petang;

9.3 Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantar salinan dokumen (soft copy) ke alamat emel iaitu [email protected] . Surat tawaran penajaan JPA akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.

9.4 Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

i. Slip Pengesahan Permohonan;
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon; dan
iii. Surat Tawaran Institusi Pengajian.

9.5 Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

9.6 Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070 / 3044 / 3045 / 3066 / 3076 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2018 (Sabtu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

11. TARIKH-TARIKH PENTING

Aktiviti Tarikh
e-Profiling dibuka 19 Mac 2018
e-Profiling ditutup 30 Jun 2018

LAMPIRAN A : SENARAI PROGRAM PERSEDIAAN YANG DITAWARKAN DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN 9A+

BIL. SENARAI PROGRAM
1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
2. Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
3. Asasi Universiti Awam (UA)
Contoh: Asasi UIAM; Asasi Sains UM; Asasi UNIMAS; Asasi UMS; Asasi UniSZA; Asasi Pengajian Islam UM; Tahmidi USIM; Asasi UKM dan lain-lain.
4. Program ASASIpintar, Pusat PERMATApintar Negara
5. Foundation IPTS*
Contoh:
i. Foundation Programme;
ii. A-Level; dan
iii. International Baccalaureate (IB) Diploma Programme.
iv. AUSMAT

* Dilaksanakan di Institusi-institusi seperti di Lampiran B

LAMPIRAN B : SENARAI UNIVERSITI DAN BIDANG PENAJAAN PROGRAM 9A+ 2018

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI INSTITUSI BIDANG
Universiti
Awam
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
12. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14. Universiti MalaysiaTerengganu (UMT)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
19. Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)
20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Semua bidang
KECUALI
Pendidikan,
Penerbangan,
Kejururawatan,
Separa
Perubatan,
Kursus
Professional,
Program
Berkembar.
(Rujuk Para 7)
Institusi
Pengajian
Tinggi
Swasta
(IPTS)
1. International Medical University (IMU)
2. Universiti Kuala Lumpur – Royal College of Medicine Perak
3. AIMST University (Asian Institute of Medicine, Science & Technology)
4. UCSI University
5. Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
6. Management & Science University (MSU)
7. MAHSA University
8. University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
9. Taylor’s University
10. Monash University Malaysia, Sunway Campus
11. Newcastle University Medicine Malaysia
12. Universiti Perdana – RCSI
13. SEGi University
14. Lincoln University College
Perubatan
1. AIMST University (Asian Institute of
Medicine, Science & Technology)
2. International Medical University (IMU)
3. MAHSA University College
4. SEGi University & College
Pergigian
1. UCSI University
2. International Medical University (IMU)
3. AIMST University (Asian Institute of Medicine, Science & Technology)
4. Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
5. Asia Metropolitan University (AMU)
6. Management & Science University (MSU)
7. SEGi University & College
8. Monash University Malaysia
9. MAHSA University
10. Taylor’s University
11. Lincoln University College
12. Universiti Kuala Lumpur – Royal College of Medicine Perak (UniKL- RCMP)
13. KPJ Healthcare University College
14. Quest International University Perak (QIUP)
Farmasi
1. Taylor’s University Senibina
(Merangkumi
Part I dan Part
II)
1. AIMST University (Asian Institute of Medicine, Science & Technology)
2. Asia Pasific University of Technology and Innovation (APU)
3. Curtin University of Technology
4. Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)
5. INTI International University
6. KDU University College, Utropolis Glenmarie
7. Monash University Malaysia
8. Nilai University
9. SEGi University
10. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
11. Taylor’s University
12. The University of Nottingham Malaysia Campus
13. UCSI University
14. UniKL Kuala Lumpur – British Malaysian Institute
15. UniKL Kuala Lumpur – Malaysia France Institute
16. Universiti Selangor
17. Universiti Tunku Abdul Rahman
18. UTM – Malaysia Japan International
Institute of Technology (MJIIT)
19. University Teknologi Petronas (UTP)
20. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
21. Multimedia University (MMU)
Kejuruteraan
1. Monash University Malaysia
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Curtin University Sarawak Malaysia
4. Swinburne University Of Technology Sarawak Campus
5. The University Of Nottingham Malaysia Campus
6. Asia Pacific University Of Technology & Innovation
7. University Tenaga Nasional
8. Management And Science University
9. Sunway University
10. UCSI University
11. Taylor’s University
12. Universiti Tunku Abdul Rahman
13. Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
14. Lincoln University College
15. Universiti Multimedia
16. Al-Madinah International University
17. Asia E University
18. City University
19. INTI University
20. MAHSA University
21. Segi University
22. Universiti HELP
23. Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
24. Universiti Kuala Lumpur
25. Universiti Nilai
26. Universiti Tun Abdul Razak
27. KDU University College
28. Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya
29. Kolej Universiti Insaniah
30. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
31. Kolej Universiti TATI
32. Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
33. Limkokwing University Of Creative Technology
Sains &
Teknologi
Dan
Sains Sosial

KEWAJIPAN PELAJAR

Pelajar wajib mematuhi perkara-perkara berikut:

  1. Program yang dipilih hendaklah dilaksanakan secara sepenuh masa di Malaysia.
  2. Bagi bidang pengajian yang melibatkan badan profesional seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, perakaunan, senibina dan bidang- bidang profesional lain, pelajar perlu memastikan program yang diikuti diiktiraf oleh badan-badan profesional berkaitan. Senarai badan profesional adalah seperti di Lampiran C.
  3. Bagi bidang pengajian bukan profesional, pelajar bertanggungjawab untuk memastikan program yang diikuti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

LAMPIRAN C : SENARAI BADAN – BADAN PROFESIONAL MALAYSIA

BIL. BIDANG BADAN PROFESIONAL
1. Perubatan Majlis Perubatan Malaysia
2. Pergigian Majlis Pergigian Malaysia
3. Farmasi Lembaga Farmasi Malaysia
4. Perakaunan Institut Akauntan Malaysia
5. Undang-Undang Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang
6. Kejuruteraan Lembaga Jurutera Malaysia
7. Senibina Lembaga Arkitek Malaysia

*Bagi bidang senibina, universiti yang disenaraikan adalah berdasarkan senarai Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan menawarkan pengajian peringkat Part I dan Part II;

8. Bidang-Bidang Lain i. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
ii. Lembaga Juruukur Tanah Malaysia
iii. Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
iv. Lembaga Perancang Bandar Malaysia
v. Majlis Optik Malaysia
vi. Majlis Veterinar Malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *