Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Tunku Abdul Rahman sesi tahun 2022 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) hari ini juga.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.


KADAR/NILAI BIASISWA BTAR

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.

  • YURAN UNIVERSITI : Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • ELAUN BULANAN: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
  • ELAUN TAHUNAN: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan (sila lihat bahagian bawah). Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  • ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA : Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

  1. Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* dan / atau yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan (masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian) serta mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.
  2. Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  3. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

    * Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

  4. (c) Syarat Tambahan

    Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang diaturkan oleh pihak YTAR.

    KAEDAH PERMOHONAN BIASISWA

    Setiap pemohon perlu memenuhi syarat asas permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2022. Sila baca syarat-syarat permohonan di atas dengan teliti sebelum mengisi borang.

    Tarikh permohonan dibuka : Kini Dibuka
    Tarikh permohonan ditutup : 31 Mac 2022

    Permohonan adalah secara atas talian. Sila klik pautan Permohonan BTAR 2022 di bawah untuk mengisi secara atas talian

    PERMOHONAN BIASISWA BTAR 2022


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *