Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2018
Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2018 – Tawaran Program Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sesi 2018 kini dibuka untuk permohonan.
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada anak-anak Wilayah Persekutuan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama 2018/2019.
BIDANG
Semua bidang pengajian
KRITERIA & SYARAT
Semua pemohon mesti memenuhi syarat-syarat keperluan berikut:
- Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga : Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap)/Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan = Tidak melebihi RM1,500.00
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain Tawaran adalah tertakluk kepada :
- Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
- Kemasukan ke semester 1, tahun 1
KELAYAKAN AKADEMIK
- Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
- Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.
CARA MEMOHON
- Muat turun borang permohonan di sini: http://yayasanwp.wixsite.com/ywp-web/sbpt-2018
- Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
- Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
- Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-
- Surat Beranak.
- Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
- Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
- Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
- Keputusan / transkrip peperiksaan :
– SPM
– STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma
- Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.
- Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.
- Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat :
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur
HUBUNGI
Tel : +603 2698 3073
Faks :+603 2698 3075