Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) 2018 – Tawaran Anugerah Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM INOVAR) sesi 2018 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa pam 2018

Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) kini mempelawa pelajar-pelajar dari universiti yang disenaraikan dibawah atau mana-mana universiti tempatan lain di Malaysia yang mempunyai Akreditasi LAM untuk mengemukakan permohonan mereka bagi merebut biasiswa ini. Ianya terbuka kepada Pelajar PAM yang mengikuti program pengajian seni bina Bahagian 2 (PART 2). Berikut disenaraikan nama-nama universiti yang memiliki akreditasi daripada LAM:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam (UiTM)
  • Taylor’s University (Taylor’s)
  • atau mana-mana Universiti Malaysia yang lain dengan Akreditasi LAM


JURUSAN: Seni Bina (Kejuruteraan & Seni Bina)

JUMLAH ANUGERAH: RM7,500 untuk setiap pelajar.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Isi borang permohonan Anugerah Biasiswa PAM Inovar 2018.
  2. Borang boleh dimuat turun melalui pautan berikut: http://www.pam.org.my/images/announcements/2018/Inovar_scholarship2018-reg.pdf
  3. Lampirkan perkara berikut dengan borang permohonan:
    • 1 foto saiz pasport
    • Maklumat peribadi
    • Transkripsi Akademik (Semester Terkini)
    • Dokumen-dokumen Sokongan (Pendapatan Isi Rumah / Portfolio / Aktiviti Kurikulum)


Hantarkan permohonan anda kepada:

PAM INOVAR SCHOLARSHIP AWARD 2018
Pertubuhan Akitek Malaysia
99L, Jalan Tandok, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2202 2866
Fax: 03-2202 2566
Email: [email protected]

Nota: Semua permohonan mesti disokong oleh Pengetua Sekolah
(Untuk mengesahkan bahawa anda adalah pelajar yang baik di sekolah)

GARIS MASA

Tarikh Buka Penyerahan – 4hb Januari 2018
Tarikh Tutup Penyerahan – 31 Mac 2018
Calon yang disenarai pendek – 2 hingga 6 April 2018
Sesi Temuduga – 9hb hingga 21hb April 2018
Penyampaian Anugerah – 12 Mei 2018

Untuk mendaftar/memperbaharui Keahlian Pelajar PAM, sila layari http://www.mypam.org.my/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *