Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 2018 – Tawaran Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman di peringkat ijazah pertama di dalam negara & ijazah lanjutan di dalam negara dan luar negara bagi pengajian 2018/2019.

biasiswa

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas:
(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;
(ii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara :

  • Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja.
  • Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

BIL. KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK
A. IJAZAH PERTAMA
Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;
B. IJAZAH LANJUTAN
Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana;
C. KRITERIA TAMBAHAN

  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
  • Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.


BIDANG & PROGRAM TAJAAN

Untuk kursus dalam bidang NON-STEM (Bukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut:-

1. Accounting
2. ACCA/ICAEW
3. Anthropology
4. Archaeology
5. Art
6. Business
7. Counselling
8. Communication
9. Design
10. Economic
11. Economics
12. Education (Physics, Chemistry, Biology, Mathematics, TESL, Third Language;
Mandarin, Arabic, France)
13. English Language & Literature
14. Fashion
15. Finance
16. Fine Arts
17. Gastronomy
18. Geography
19. Hospitality & Tourism
20. Human Resource
21. International Relations
22. Islamic Studies
23. Journalism
24. Law
25. Learning Science
26. Linguistics
27. Media
28. Modern Language
29. Music
30. Philosophy
31. Politics, dan:-

Kursus–kursus lain yang berkaitan dengan Bukan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

KRITERIA PEMILIHAN

Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

(a) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
(b) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Diploma.
(c) Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman yang boleh didapati di:
(i) Pejabat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching.
(ii) Dimuat turun daripada laman web http://www.yayasansarawak.org.myBorang Permohonan YBSTAR (Pautan Pantas)
(iii) Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan dibuat melalui email.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI.

(c) Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu;

(d) Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji;

(e) Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan:

  • Permohonan yang berjaya akan menduduki Ujian Psikometrik melalui emel dan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;

(f) Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan;

(g) Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman; dan

(h) Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa atau email.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Tarikh tutup permohonan pada SELASA, 31 JULAI 2018 JAM 4.00 PETANG.

(b) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING.

HUBUNGI

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023


2 Comments
  1. rose 6 years ago
    • Admin 6 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *