Pinjaman MARA Program YTP 2019 untuk Lepasan SPM 2018

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Pinjaman MARA Program YTP 2019 untuk Lepasan SPM 2018 – Tawaran Pinjaman MARA Permohonan Program Young Talent Development Programme (YTP) untuk Lepasan SPM 2018 kini dibuka.

pinjaman pelajaran mara

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih. Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 15 Mac 2019 pukul 10:00 pagi sehingga 22 Mac 2019 pukul 4:00 petang

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan untuk ditawarkan dalam Program YTP.

SYARAT UMUM

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2018.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
  • BENTUK TAJAAN

    Tajaan pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.

    KAEDAH PERMOHONAN

    1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka.
    2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
    3. Pemohon perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan.
    4. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

    HUBUNGI

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
    Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
    Email : [email protected]
    Facebook : Postspmmara

    1. KOLEJ MARA BANTING (KMB)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM IB SAINS (KECUALI PERUBATAN, PERGIGIAN & FARMASI) MARA0101_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia;
    8) Satu (1) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program International Baccalaureate (IB) selama dua(2) tahun di Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut :

    1) Biological Science
    2) Veterinary Science
    3) Agriculture Science
    4) Biochemistry
    5) Biomedical Science
    6) Astronomy
    7) Chemistry
    8) Geophysics
    9) Geology
    10) Physics
    11) Mathematics
    12) Computer Science
    13) Data Anylisis and Science
    14) Marine Science
    15) Actuarial Science
    16) Nutrition/Food Science
    17) Dietetics
    18) Forensics
    19) Biotechnology
    20) Speech Pathology
    21) Psychology

    PROGRAM A-LEVEL SAINS IKHTISAS MARA0102_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Empat (4) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program A-Level selama dua (2) tahun di Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Forensic Accounting
    2) Actuarial Science
    3) Economics
    4) Finance

    PROGRAM A-LEVEL KEJURUTERAAN MARA0103_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program A-Level selama dua (2) tahundi Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Aerospace Engineering
    2) Chemical Engineering
    3) Computer Science and Engineering
    4) Electrical Engineering
    5) Mechanical Engineering
    6) Biomedical Engineering
    7) Biomedical Sciences and Engineering Track
    8) Environmental Science and Engineering

    2. KOLEJ MARA SEREMBAN (KMS)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PRORAM PRA-UTM MARA0201_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Satu (1) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Seremban(KMS) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Mudadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang pengajian seperti berikut :

    1) Civil Engineering
    2) Nuclear
    3) Mechanical-Automotive
    4) Electrical-Mechatronic
    5) Engineering Technology
    6) Architecture
    7) Quantity Surveying
    8) Industrial Physics
    9) Industrial Chemistry
    10) Mathematics
    11) Geoinformatics

    3. KOLEJ MARA KUALA NERANG (KMKN)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRA-UniKL (SAINS) MARA0301_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Royal College of Medicine Perak (RCMP UniKL) dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Perubatan
    2) Farmasi

    PROGRAM PRA-UniKL (KEJURUTERAAN) MARA0302_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Satu (1) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Kejuruteraan selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Aviation
    2) Naval Architecture & Shipbuilding
    3) Maritime Operation
    4) Electrical
    5) Mechanical
    6) Chemical

    4. KOLEJ MARA KULIM (KMK)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRA-USM MARA0401_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kulim (KMK) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian seperti berikut :

    1) Bioperubatan
    2) Dietetik
    3) Farmasi
    4) Pergigian
    5) Perubatan
    6) Sains Kesihatan
    7) Sains Fizik
    8) Sains Forensik
    9) Kejuruteraan
    10) Seni bina

    5. GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM A-LEVEL KEJURUTERAAN : GERMANY MARA0501_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akanm engikuti Program A-Level selama satu (1) tahun sepuluh (10) bulan di German Malaysian Institute (GMI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Jerman dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Automotive and commercial vehicle
    2) Mechatronic
    3) Oil & Gas
    4) Automation and Robotics
    5) Railway Engineering
    6) Marine engineering

    6. MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY (UniKL MIIT)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRE-KOREA MARA0601_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun Enam (6) bulan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Korea dalam bidang pengajian seperti berikut :

    1) Chemical Engineering & Material Science
    2) Mechanical
    3) Electronic & Communication
    4) Computer Science & Engineering
    5) Animation

    7. MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE (UniKL MSI)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRE-SPAIN MARA0701_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama dua (2) tahun di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Sepanyol dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Mechatronic
    2) Chemical
    3) Mechanical
    4) Electrical & Electronic
    5) Industrial

    8. MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY (UniKL MIAT)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRE-RUSSIA MARA0801_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana di universiti terpilih di Rusia dalam bidang pengajian seperti berikut :

    1) Aviation
    2) Marine (Oil & Gas)
    3) Aerospace
    4) Mechatronic & Robotic
    5) Nuclear

    9. MALAYSIAN FRANCE INSTITUTE (UniKL MFI)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRE-FRANCE MARA0901_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Fizik;
    6) Kimia;
    7) Dua (2) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun satu (1) bulan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di universiti terpilih di Perancis dalam bidang pengajian seperti berikut:
    1) Chemical & Process
    2) Mechanical & Production
    3) Network & Telecommunication
    4) Electrical & Industry Computation

    10. KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK (KPM AM)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT) MARA1001_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Empat (4) subjek lain

    Dan mendapat Sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek berikut:

    1) Matematik Tambahan

    Pelajar akan mengikuti Program Certified Accounting Technician (CAT) selama satu (1) tahun hingga satu (1) tahun enam (6) bulan di Kolej Profesional MARA Ayer Molek (KPMAM) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Peringkat Professional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).

    11. KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG (KPM BERANANG)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM CERTIFICATE IN FINANCE, ACCOUNTING AND BUSINESS (ICAEW-CFAB) MARA1101_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Tiga (3) subjek lain

    Pelajar akan mengikuti Program Certificate in Finance, Accounting and Business (ICAEW-CFAB) selama satu (1) tahun enam (6) bulan di Kolej Profesional MARA Beranang (KPM Beranang) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Peringkat Professional ICAEW di Universiti terkemuka di dalam negara.

    12. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRA-IMU (PERUBATAN) MARA1201_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di International Medical University (IMU) dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Perubatan

    PROGRAM PRA-IMU (PERGIGIAN) MARA1202_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajarakan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di International Medical University (IMU) dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Pergigian

    13. CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES (CUCMS)

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRA-CUCMS (PERUBATAN) MARA1301_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajarakan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Perubatan

    PROGRAM PRA-CUCMS (FARMASI) MARA1302_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Farmasi

    14. SEGI UNIVERSITY

    PROGRAM KOD PROGRAM SYARAT KELAYAKAN MAKLUMAT PENGAJIAN
    PROGRAM PRA-SEGI UNIVERSITY (OPTOMETRY) MARA1401_2019 Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:

    1) Bahasa Melayu;
    2) Bahasa Inggeris;
    3) Matematik;
    4) Matematik Tambahan;
    5) Biologi;
    6) Fizik;
    7) Kimia

    Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Segi University dalam bidang pengajian seperti berikut:

    1) Optometry

    KAEDAH PERMOHONAN

    1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA melalui pautan khas di bawah apabila permohonan dibuka.
    2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
    3. Pemohon perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan.
    4. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

    HUBUNGI

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
    Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
    Email : [email protected]
    Facebook : Postspmmara

    PAUTAN PEROHONAN PINJAMAN MARA YTP DI SINI


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *