Program Pembangunan Bakat Muda – Program YTP Lepasan SPM 2017

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017 – Program Penajaan Pembangunan Bakat Muda Lepasan Young Talent Development Programme (YTP) untuk pelajar lepasan SPM 2017.

Program Pembangunan Bakat Muda - Program YTP Lepasan SPM

Mahlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan program penajaan bagi pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi, sahsiah terpuji dan cemerlang dalam keputusan SPM 2017 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda bagi melahirkan bakal pemimpin, teknokrat, profesional, dan usahawan negara.


MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 19 Mac 2018 jam 10.00 pagi hingga 26 Mac 2018 jam 5.00 petang.
  • Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online. Pemohon perlu membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan.
  • Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC).
  • Semakan panggilan untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC) boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.
  • Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2017 sahaja.
  • Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

SYARAT UMUM

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
  • Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.


SYARAT KHUSUS

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada tahun 2017.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32065 / 32098
Email : [email protected]
Facebook : Postspmmara

Waktu Urusan:

Hari Isnin hingga Khamis Jumaat
Masa 9.00 pagi – 1.00 tengah hari 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 petang 12.15 tengah hari – 2.45 petang
Masa 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang 4.30 petang

Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Pelepasan Am. Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *