Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 – Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kini dibuka.

biasiswa ismp

Bahagian Tajaan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan ini mengumumkan bahawa tawaran permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2022 akan dibuka secara atas talian bermula pada 25 Mac 2022 (Jumaat) jam 5:00 petang hingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5:00 petang.


Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Pelajar Universiti Awam (IPTA) yang berkelayakan serta berminat untuk memohon biasiswa ini secara dalam talian.

Berikut dikongsikan maklumat lebih terperinci mengenai permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi sesi tahun 2022 ini.

Bidang Pendidikan

Senarai di bawah merupakan bidang pengajian yang layak ditaja di bawah pembiayaan biasiswa ISMP KPM:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Automotif

Nota: Penajaan hanya terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan dan juga Pelajar Universiti Awam sahaja.


Baca juga: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA

Syarat Permohonan Biasiswa ISMP

Bagi melayakkan pemohon atau calon ditaja di bawah Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP, syarat permohonan berikut hendaklah dipenuhi:

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);
  • Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  • Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  • Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  • Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah tidak layak untuk memohon.

Kaedah Permohonan Biasiswa ISMP KPM

Kepada pelajar yang memenuhi bidang dan syarat kelayakan, boleh memohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP dengan mengikuti langkah-langkah yang diterangkan di bawah:

  1. Permohonan adalah secara online yang perlu dilakukan melalui laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm (aktif mulai 25 Mac 2022)
  2. Pemohon diingatkan agar membaca dan memahami maklumat permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat yang dimninta dengan betul dan sahih.
  3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
  4. Sebarang kesalahan maklumat permohonan dalam talian yang diisi akan mengakibatkan permohonan ditolak.


Tempoh Permohonan Biasiswa ISMP KPM

Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

Tarikh buka : 25 Mac 2022 (jam 5:00 petang)
Tarikh tutup : 22 April 2022 (jam 5:00 petang)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP sila rujuk maklumat berikut:

Untuk kemaskini dan info, sila rujuk laman rasmi di https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Manakala untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi urus setia melalui panggilan telefon:

Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154

ATAU email: [email protected]

Sumber

Maklumat mengenai biasiwa ISMP KPM 2022 yang dikongsikan di halaman ini diambil dari laman rasmi https://www.moe.gov.my/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *