Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2022

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2022 – Tawaran Program Anugerah Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sesi tahun 2022 kini dibuka untuk permohonan.

biasiswa pidm

Program Biasiswa PIDM bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan. Ia ditawarkan pada setiap tahun khas kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya. Pembiayaan yang ditaja disalurkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi pengajian tinggi dalam negara.


Tawaran dana biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan sejak tahun 2015. Para pelajar yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan dan keperluan yang ditetapkan.

SYARAT-SYARAT

Setiap pemohon perlu memenuhi kriteria dan keperluan yang disenaraikan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2022) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  • Hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas.
  • Penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  • Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  • Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  • Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

Baca juga: Biasiswa Gamuda

PRASYARAT

Selain itu turut disenaraikan beberapa prasyarat yang merangkumi:

  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  • Menyediakan esei bertulis 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris mengenai bidang pengajian yang dipilih dan aspirasi anda dalam menyumbang kepada landskap perkhidmatan kewangan dan kepada negara secara umumnya;
  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.


SYARAT-SYARAT PENERIMAAN BIASISWA BERTERUSAN

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  1. Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;
  2. Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;
  3. Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau
  4. Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

Baca juga: Biasiswa Maybank

SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Sains Malaysia (USM)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  17. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  19. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  20. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  4. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  5. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
  7. University Kuala Lumpur
  8. Monash University Malaysia
  9. Taylor’s university
  10. Sunway University
  11. The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
  12. UCSI University
  13. Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  14. Management and Science University (MSU)
  15. Curtin University Malaysia
  16. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  17. SEGI university


BIDANG PENGAJIAN

Berikut disenaraikan kursus-kursus yang ditaja di bawah biasiswa PIDM:

Perakaunan, Perbankan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan, Perniagaan Antarabangsa, Perbankan Islam, Perbankan dan Pengurusan Kewangan, Sains Komputer /Teknologi Maklumat, Ekonomi, Ekonomi Kewangan Antarabangsa, Statistik, Sains Aktuari, Undang-undang / Undang-undang Syariah, Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia, Matematik (Aktuari), Pengurusan Risiko dan Insurans, Insurans, Komunikasi

NILAI BIASISWA

  • Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan.

TAWARAN LAIN PENERIMA BIASISWA

  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  • Program Induksi – Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  • Program Mentor dan Bimbingan – Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.
  • Program Latihan Praktikal – Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (Purata Nilai Gred Kumulatif – PNGK sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara atas talian di laman web rasmi PIDM. Layari pautan berikut untuk ke laman permohonan : DAFTAR (Pengguna Baru)
  2. Sila hantar permohonan lengkap anda secara dalam talian bersama-sama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan selewat-lewatnya 22 April 2022.
  3. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  4. Anda juga boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.
  5. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan semasa mengisi Borang Permohonan, sila rujuk kepada soalan lazim yang disediakan dengan mengklik pada butang FAQ di SINI

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi :

Alamat e-mel :[email protected]
atau anda boleh menghubungi Pn Beatrice Low di talian 03-2173 7475 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2173 7598.

SUMBER

Maklumat biasiswa PIDM yang dikongsikan di laman ini diperolehi dari laman rasmi yang boleh di akses melalui pautan berikut https://www.pidm.gov.my/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *