Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM – Mohon Biasiswa TPM UiTM

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM – Mohon Biasiswa TPM UiTM

biasiswa tpm uitm

Biasiswa TPM UiTM – Pemakluman Iklan Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2016. Permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2016 dibuka bermula 02 November 2015 sehingga 16 November 2015

Pihak UiTM mempelawa calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan digalakkan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2016 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang diiklankan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk), UiTM.

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA TPM UiTM

  1. Calon-calon mestilah mempunyai:
    1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D);
    2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
      Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.
  2. Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
  3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
  5. Belum memulakan pengajian semasa memohon.
  6. Tidak mendapat mana-mana tajaan/ biasiswa dalam peringkat pengajian yang dipohon.
  7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
  8. Had umur calon adalah seperti berikut:
    1. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;
    2. berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;
    3. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun semasa memohon.

SENARAI BIDANG BIASISWA TPM UiTM 2016

Senarai Bidang Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2016 yang telah didaftarkan mengikut iklan TPM yang aktif boleh dilihat di SINI.

CARA PERMOHONAN BIASISWA TPM UITM

  1. Beli nombor pin eTPM dengan menggunakan nombor kad pengenalan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Tempoh jualan pin eTPM adalah mulai 02 November 2015 (Isnin) hingga 16 November 2015 (Isnin).
  3. Harga nombor pin eTPM ialah RM 21.06 termasuk caj perkhidmatan BSN dan GST.
  4. Isi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui pautan laman http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/.
  5. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

TEMPOH IKLAN BIASISWA TPM UITM

  • Tempoh Iklan dibuka pada 02 November 2015
  • Tempoh Iklan ditutup adalah pada 16 November 2015

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *