Karnival Pendidikan MARA 2018 – Info, Jadual dan Lokasi

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Karnival Pendidikan MARA 2018 – Sudahkah anda bersedia untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan MARA 2018? Melalui artikel ini dikongsikan info, Jadual dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018 (KPM 2018) khas untuk anda.

Karnival Pendidikan MARA 2018

Acara tahunan Karnival Pendidikan MARA bakal kembali pada tahun ini yang diadakan secara jelajah di seluruh Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) mengikut zon yang ditetapkan di setiap negeri.


Karnival yang menyasarkan pelajar lepasan sekolah dikalangan lepasan pelajar SPM dan STPM ini menyediakan pelbagai peluang pendidikan dari segi maklumat mengenai tawaran pengajian oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Ia termasuklah maklumat mengenai pinjaman pendidikan serta peluang untuk mendapatkan biasiswa.

Sebagai pelawat anda akan mendapat peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran pengajian dan faedah yang boleh didapati untuk kemudahannya. Sebelum ini kebanyakan pelajar lebih ba­nyak mencari maklumat mengenai universiti menerusi Internet tapi dengan adanya Karnival Pendidikan MARA 2018, mereka berpeluang bercakap secara terus dengan pihak berkaitan dan bertanya pelbagai soalan.

Untuk gambaran lebih jelas berikut secara ringkas kami senaraikan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar lepasan sekolah daripada KPM 2018:

  • Peluang pendidikan di IPMa, IPTA, dan IPTS
  • Yuran PERCUMA di IPMa terpilih
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temuduga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Aktiviti menarik juga menanti anda seperti cabutan bertuah, jualan usahawan, food truck dan banyak lagi.

Karnival Pendidikan MARA 2018


Tambahan lagi, pihak pemamer/kolej yang menyertai Karnival KPM 2018 turut mendapat peluang untuk mempromosi tawaran pengajian di universiti masing-masing dengan faedah dan mutu pendidikan yang terbaik. Pene­rangan terperinci dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar, sekali gus membantu mereka membuat keputusan untuk me­nyambung belajar di tempat yang sesuai.

KPM 2018 akan diadakan sepanjang bulan Mac 2018 di enam(6) lokasi mengikut zon seluruh negara bermula di Zon Tengah Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Mac diikuti Timur Terengganu pada 14 dan 15 Mac. Kemudian, Karnival Pendidikan Mara 2018 akan diteruskan di Selatan Johor pada 17 dan 18 Mac diikuti Sarawak juga pada tarikh yang sama.

Jelajah karnival ini akan berkunjung ke Utara pada 21 dan 22 Mac serta di Sabah pada 24 dan 25 Mac. Pameran bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi.

jadual Karnival Pendidikan Mara 2018

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan menganai KPM MARA dan pertanyaan berkaitan, silakan untuk hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03-2613 4859 atau faks 03-2692 7386.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *