Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 – Tawaran Anugerah Program Biasiswa Tunku Abdul Rahman sesi tahun 2024 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) hari ini juga.
Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.
Memandangkan Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dalam pengalaman, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara.
KADAR/NILAI BIASISWA BTAR
Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.
- YURAN UNIVERSITI : Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
- ELAUN BULANAN: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.
- ELAUN TAHUNAN: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan (sila lihat bahagian bawah). Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
- ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA : Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
PROGRAM KEPIMPINAN
Semua penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama dua tahun termasuk:
- Persidangan Pembangunan Diri: Penerima biasiswa akan menghadiri persidangan untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.
- Projek Komuniti: Penerima biasiswa akan dilengkapi dengan kemahiran dan pembiayaan geran untuk memimpin projek komuniti mereka.
- Bimbingan Profesional: Bimbing oleh mentor industri/Alumni Tunku Scholar untuk kemajuan kerjaya dan perkembangan diri.
KRITERIA KELAYAKAN
Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan juga pelajar yang sedang meneruskan pembelajaran ijazah sarjana muda di universiti awam atau swasta yang diiktirafkan oleh MQA.
- Bagi pelajar yang belum meneruskan ijazah sarjana muda:
Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung ijazah sarjana muda pada Mac 2025. - Bagi pelajar yang sedang meneruskan ijazah sarjana muda:
Anda harus mempunyai baki dua tahun dalam pengajian.
Pemohon yang baru menamatkan program pra- universiti akan diberikan tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian dari universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf MQA.
Biasiswa ini tidak mempunyai syarat PNGK minima pada peringkat permohonan dan juga tiada syarat umur.
KRITERIA PEMILIHAN
Semua permohonan akan dinilai secara holistik berdasarkan pelbagai kriteria, namun keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
- Pernah atau sedang mengatasi cabaran hidup.
- Mempunyai potensi daya kepimpinan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
- Datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.
KAEDAH PERMOHONAN BIASISWA
Setiap pemohon perlu memenuhi syarat asas permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024. Sila baca syarat-syarat permohonan di atas dengan teliti sebelum mengisi borang.
Tarikh permohonan dibuka : Kini Dibuka
Tarikh permohonan ditutup : 8 April 2024 pada pukul 11.59 p.m
Permohonan adalah secara atas talian. Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my dan tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan. Akses borang permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dengan cepat melalui pautan ini https://www.tfaforms.com/5107160
SUMBER
Proses permohonan BTAR dan kemaskini terkini boleh didapati di https://www.yayasantar.org.my/biasiswa-tar