YDPA kurnia biasiswa kepada 10 penuntut IPT

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

YDPA kurnia biasiswa kepada 10 penuntut IPT – Tahniah diucapkan kepada penerima biasiswa YDPA sesi 2021.


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 10 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, tadi.

Empat penerima biasiswa itu adalah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala enam di peringkat sarjana.

Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah Nurul Farhana Abd Ghaffar, 28, yang melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan Pengurusan Sisa di Nanyang Technological University, Singapura; S.Mogesh, 23, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Sel Stem), Universiti Putra Malaysia (UPM); Loke Yean Leng, 24, (Nanoteknologi, Universiti Malaya) dan Nurul Elia Aqila Ab Rahim, 26, (Kejuruteraan bio, Universiti Teknologi Malaysia).


Penuntut menerima biasiswa BYDPA di peringkat sarjana pula adalah Nur Amirah Syafiqah Salman, 24, (Agrosains, UPM), Nur Aina Izzati Mohd Mokhtar, 23, (Kimia Analisis, UPM); Ng Wan Chiew, 24, (Otorinolaringologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Too Lih Yuan, 26, dan M. Elancheleyen, 24, masing-masing dalam pengkhususan Kejuruteraan Tisu, UKM serta Muhamad Huzaifah Omar, 24, Kaedah Elektroanalisis, Universiti Sains Malaysia).

BYDPA mula diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini, seramai 175 penerima diberi penajaan untuk pengajian di universiti penyelidikan dalam negara serta universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

SUMBER: Harian Metro


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *