Biasiswa Yayasan Terengganu 2022
Biasiswa Yayasan Terengganu – Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Biasiswa Yayasan Terengganu hari ini.
Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat KERAKYATAN dan KELAYAKAN AKADEMIK yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Tahun 2022 dibawah program yang ditawarkan sebagaimana berikut:
1) Pengajian Dalam Negara
a. Program Perakaunan Profesional ACCA
b. Sarjana (Masters) & Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Awam (UA)
2) Pengajian Luar Negara
a. Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Al-Azhar, Mesir
TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PROGRAM PERAKAUNAN PROFESIONAL ACCA KOHORT 1 TAHUN 2022
Skim biasiswa ini diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Terengganu memperoleh kelayakan Pensijilan Perakaunan Profesional dari Association of Chartered Certified Accountant (ACCA).
Biasiswa ini merangkumi Yuran Pengajian, Penginapan, Wang Saku dan lain-lain termasuk Professional Bodies Fees tertakluk kepada pengesahan bilangan kertas pengecualian dari pihak ACCA.
Tempoh pengajian/biasiswa :
i) 1 hingga 1.5 tahun bagi Lepasan Ijazah
ii) 2.5 hingga 3 tahun bagi lepasan CAT / FIA / Diploma / Matrikulasi JPPro
Pusat Pengajian : Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Terbuka kepada calon yang sedang mengikuti pengajian program ACCA di UiTM Shah Alam atau yang belum memohon.
BACA JUGA: Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
A. SYARAT UMUM
i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
B. SYARAT KHUSUS
i) Lepasan Ijazah
a) Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
b) Berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa).
c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA
ii) Lepasan Certified Accounting Technician (CAT) / FIA / Matrikulasi JPPro
a) Mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/FIA/JPPro.
b) Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
iii) Lepasan Diploma Perakaunan
a) Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurangkurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
b) Berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
c) Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA
TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH (PhD) DALAM NEGARA KOHORT 1 TAHUN 2022
1. BIDANG KEUTAMAAN
1. Perakaunan dan Kewangan
2. Ekonomi & Pengurusan
3. Undang-Undang
4. Matematik/Statistik
5. Sains & Kejuruteraan
6. Sains Komputer/Aktuari /IT/Sains Data
• Permohonan dalam bidang-bidang yang lain akan turut dipertimbangkan mengikut keperluan/keadaan (case by case).
2. PUSAT PENGAJIAN
UNIVERSITI AWAM (UA) DALAM NEGARA
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a) SYARAT UMUM
i. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)
b) SYARAT KHUSUS
1. Program Sarjana
i. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurangkurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
ii. Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
iii. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
iv. Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
v. Bagi pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
2. Program PhD
i. Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (Mod Kerja Kursus atau Campuran) dari universitiuniversiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).
ii. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurangkurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan Iktisas) atau setaraf.
iii. Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
iv. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
v. Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
vi. Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
TAWARAN BIASISWA DOKTOR FALSAFAH (PhD) LUAR NEGARA TAHUN 2022
1. BIDANG
PENGAJIAN ISLAM
2. PUSAT PENGAJIAN
UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a) SYARAT UMUM
i. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)
b) SYARAT KHUSUS
i. Lulus Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Universiti Al-Azhar dengan pencapaian Jayyid Jiddan.
ii. Telah mendapat tawaran pegajian Doktor Falsafah secara sepenuh masa di Universiti Al-Azhar.
iii. Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa memohon.
KAEDAH PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi http://ytpenajaan.terengganu.gov.my
PENAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU
Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.
TEMPOH PERMOHONAN
Berikut adalah tempoh masa permohonan dibuka:
Tarikh buka
30 Mac 2022 (Rabu)
Tarikh tutup
12 April 2022 (Selasa) Jam 12.00 Tengah Malam
KEPUTUSAN TAWARAN
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu