Biasiswa Bank Negara Malaysia 2023 – BNM Scholarship

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2023 – BNM Scholarship. Tawaran Anugerah Biasiswa Bank Negara Malaysia sesi tahun 2023 kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal untuk memohon Biasiswa Bank Negara Malaysia bermula sekarang.

biasiswa bank negara

Bank Negara Malaysia komited dalam usaha membentuk bakat muda negara menerusi program biasiswanya. Penerima biasiswa kami akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan Bank, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang, dan Sains Komputer.

Biasiswa BNM akan membiayai perbelanjaan termasuk yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik (hanya kepada pelajar luar negara), elaun sara diri dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori. Bagi sesi tahun 2023, Bank Negara Malaysia menawarkan dua jenis biasiswa:


Di perenggan berikutnya diterangkan secara lebih terperinci setiap bentuk biasiswa BNM yang ditawarkan pada tahun ini:

Biasiswa Kijang 2023

(Permohonan kini dibuka sehingga 16 Jun 2023)

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Tajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2023

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.


Biasiswa Sarjana Muda 2023

(Permohonan kini dibuka sehingga 16 Jun 2023)

Biasiswa Sarjana Muda dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda.

Biasiswa ini juga ditawarkan kepada penerima biasiswa prauniversiti Bank, tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Bank:

  • Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
    • STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
    • Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
    • Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
    • American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah
  • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini
  • SPM: Sekurang-kurangnya lima (5) kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2023
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.

Biasiswa ini akan membiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.


Pemohon yang berjaya akan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang, atau sains komputer.

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan adalah secara atas talian, anda boleh merujuk laman sesawang BNM untuk kemaskini terkini: KLIK SINI

Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil ke pusat penilaian untuk dinilai dari aspek kesesuaian, ketekunan, kemahiran interpersonal dan komunikasi, komitmen, kerja berpasukan serta aptitud.

Permohonan selepas tarikh tutup yang dinyatakan tidak akan diterima. Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada tahun hadapan.

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut yang berkaitan, sila e-melkan soalan anda kepada [email protected] ATAU [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *