Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 – Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2023 kini dibuka untuk permohonan.
Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2023 di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara.
Keterangan Kemudahan BYDPA Sesi 2023.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.
Syarat Permohonan BYDPA 2023
Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.
Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
i) Warganegara Malaysia; dan
ii) Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023.
Syarat-Syarat Khusus
i) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D;
ii) Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing; atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2023 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing;
(iii)Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
(iv) Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
(a) Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
(b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga).
(v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.
Nota : Selain daripada syarat-syarat di atas, pemohon dalam kalangan penjawat awam masih tertakluk kepada syarat-syarat cuti belajar yang berkaitan.
Bidang Pengajian Yang Ditaja
Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:
(i) Sains dan Teknologi
(ii) Ekonomi
(iii) Undang-Undang
(iv) Kewangan Islam
Sub-bidang pengajian bagi bidang-bidang di atas adalah seperti di Lampiran 3.
Baca juga: Biasiswa Komanwel di United Kingdom – Sarjana & PhD
Senarai Universiti Tempatan Mengikut Bidang Pengajian
Lampiran A1
A. Bidang Sains dan Teknologi / Ekonomi / Undang-Undang
BIL | INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) |
1. | Universiti Malaya (UM) |
2. | Universiti Sains Malaysia (USM) |
3. | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
4. | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
5. | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
B. Bidang Kewangan Islam
BIL | INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) |
1. | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
2. | International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF) |
3. | Universiti Malaya (UM) |
4. | Universiti Sains Malaysia (USM) |
5. | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
6. | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
7. | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
Lampiran 2
Senarai Universiti Terkemuka Dunia Mengikut Bidang Pengajian
Sains Dan Teknologi
Sains Hayat
Sains Fizik
Kejuruteraan dan Teknologi
Ekonomi
Undang-Undang
Senarai Bidang dan Sub-Bidang
Panduan Menulis Kertas Cadangan
Kaedah Permohonan
- Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
- Keterangan mengenai Program BYDPA Sesi Pengajian 2023, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
- Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 30 Januari 2023 sehingga 3 Mac 2023..
- Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
HUBUNGI
Pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2023 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat [email protected].