Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) 2020/2021

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) 2020/2021 – Tawaran Pembiayaan di bawah kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) sesi 2020/2021 kini dibuka untuk permohonan.

hadiah latihan persekutuan separa biasiswa hlpsb

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) dengan ini mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2020 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara separuh masa. Permohonan dibuka mulai 1 Oktober hingga 6 November 2020.


Penajaan ini tidak meliputi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca ljazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang dimaksudkan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), Kementerian Pendidikan Tinggi (bagi Pensyarah Universiti, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi), Kementerian Pertahanan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan) dan Agensi/ Badan Berkanun yang telah diswastakanl dikorporatkan/ diasingkan sistem saraannya.

SYARAT-SYARAT PENAWARAN HLPSB SESI 2020/2021

Syarat-Syarat Kelayakan

Pegawai yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;

(ii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

(iii) Pegawai berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi peringkat Sarjana serta 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada 1 Januari 2020;

(iv) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2017, 2018 & 2019). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;

(v) Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ph.D pada tahun 2020 secara separuh masa di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti di Lampiran A1;

atau

Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ph.D pada tahun 2020 secara separuh masa di universiti-universiti seperti di Lampiran A1 dengan syarat masih mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester pada tarikh tutup permohonan;

(vi) Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;

(vii) Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;

(viii) Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang ditawarkan seperti di Lampiran A2;

(ix) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;

(x) Memathui syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek seperti berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(pada 1 Januari 2020)
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan 1 tahun
Kurang daripada 3 bulan Tiada

(xi) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

(xii) Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan

(xiii) Telah mengisytiharkan harta.


Kemudahan

Pegawai yang terpilih untuk menerima HLPSB akan diberi kemudahan penajaan yang merangkumi pembayaran Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis di sepanjang tempoh pengajian berdasarkan kaedah berikut:

PERINGKAT ELAUN TEMPOH
SARJANA i. Yuran Pengajian dibayar sebagaimana dituntut oleh pihak universiti.
ii. Elaun Buku – 2 kali sahaja sepanjang pengajian.
iii. Elaun Tesis – Dibayar di akhir pengajian.
3 tahun
Ph.D i. Yuran Pengajian dibayar sebagaimana dituntut oleh pihak universiti.
ii. Elaun Buku – 4 kali sahaja sepanjang pengajian.
iii. Elaun Tesis – Dibayar di akhir pengajian.
5 tahun

Selain daripada Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis, pegawai juga layak untuk mendapatkan kemudahan Cuti Kursus Sambilan tidak melebihi 30 hari dalam setahun seperti yang diperuntukkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 (Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara).

Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan

Pegawai-pegawai yang ditawarkan HLPSB dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

Tatacara Permohonan / Pencalonan

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan HLPSB secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 1 Oktober 2020 sehingga 6 November 2020.

PENTING: Muat turun Fail Lampiran ini untuk maklumat lanjut dokumen yang perlu dilampirkan serta senarai universiti dan bidang di bawah tajaan HLPSB.


Tarikh Buka dan Tutup Permohonan/ Pencalonan:

Tarikh permohonan online dibuka bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 1 Oktober 2020 (Khamis) dan tarikh tutup permohonan online adalah pada 6 November 2020 (Jumaat).

Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan adalah pada 13 November 2020 (Jumaat).

Keputusan pencalonan yang berjaya akan diumumkan di portal JPA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my pada Disember 2018.

Keterangan lanjut, syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan bagi program ini adalah seperti di Lampiran 1. Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:

Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
Telefon: 03-8885 3053/3571
Emel: [email protected]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *