Hari Terbuka GLC 2022 tawar peluang kerjaya dan biasiswa

Dapatkan notifikasi/pemberitahuan pantas info Biasiswa dengan sertai channel Telegram rasmi kami di https://t.me/biasiswa - Admin.

Hari Terbuka GLC 2022 tawar peluang kerjaya dan biasiswa

hari terbuka glc 2022


PUTRAJAYA – Lepasan graduan dan individu yang berminat boleh merebut peluang kerjaya dalam sektor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sempena Hari Terbuka GLC 2022 pada 11 hingga 13 Mac ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hari terbuka itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan bakal disertai 20 buah GLC dan GLIC terkemuka negara.

Beliau berkata, antaranya adalah Khazanah Nasional Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan PETRONAS.

“Hari terbuka bertemakan Aspirasi Masyarakat Inspirasi Negara itu berpaksikan lima fokus utama iaitu Rakyat, Perniagaan, Ekonomi, Kesihatan Awam dan Agenda Bumiputera serta memberi peluang kepada rakyat mengetahui lebih lanjut tentang peranan dan sumbangan GLC dan GLIC di dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.


“Pada masa sama, pengunjung juga boleh mendapat maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan dan biasiswa yang ditawarkan oleh beberapa GLC dan GLIC,” katanya menerusi Laporan Kewangan Rakyat Ke-87, hari ini.

Katanya, sejak lebih setahun lalu, Kementerian Kewangan telah memulakan usaha penyelarasan fungsi-fungsi GLIC dan GLC bagi memastikan mereka terus mampu untuk mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia pasca-pandemik.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, beliau mahu pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan supaya merebut peluang Inisiatif SemarakNiaga yang dilancarkan pada 21 Februari lalu.

Menurutnya, menerusi inisiatif itu, kerajaan menyediakan peruntukan RM40 bilion bagi membantu PMKS bangkit semula selepas terkesan teruk dengan pandemik Covid-19.

Maklumat lanjut tentang bantuan yang boleh diperolehi menerusi insiatif Semarak Niaga, boleh layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/semarakniaga.html.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *